SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

31 Ogos 2010

Entah


Aku selamat tiba di Kota Damansara lebih kurang 2.30pm tadi selepas bertolak dari Gurun jam 10am. Sebenarnya aku rasa amat berat hati untuk balik ke sini. Pada saat aku mahu bertolak balik dari Gurun mak menangis, puncanya pada hari raya nanti aku tidak ada bersama keluarga. Entahlah, aku tidak tahu apa yang perlu dilakukan, hanya mampu menenangkan mak dan berjanji yang aku akan balik pada raya ke-6. Sungguh aku tak tahan melihat mak menangis, dan dalam hati aku sendiri turut sama menangis semahu - mahunya cuma aku perlu kuat di hadapan mak. Inilah nasibku, sudah tiba giliran untuk aku bekerja di hari raya. Aku perlu bersikap adil pada kawan - kawan sekerja yang lain walaupun hati tetap meronta mahu bersama keluarga di hari raya. Setidak - tidaknya aku senasib dengan individu yang menuntut seseorang itu bekerja pada musim perayaan. Berkorban untuk kebahagiaan insan lain. Mungkin tahun depan nasib aku berlainan, dengan kerjaya yang berbeza dan status yang berbeza, insyaAllah...
 
Yang sedih yang pedih,
 
AzaT

2 ulasan:

encik aidil banting berkata...

jgn sedey yer. nnt raya kita pegi tgk wyg. hehehe

SURIA AMANDA berkata...

kesiannya...xper..pengorbanan itu perlu sesekali...