SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

16 Ogos 2010

O.M.G !!!

And the story goes like this...

Sebenarnye aku masih fobia nak kisahkan ape yang aku nampak dengan dua bijik mate aku plus spek pada ari Jumaat lepas, masa aku OTW nak ke masjid. Tapi aku nak citer jugak supaye entry nih boleh bagi teladan pada diri sendiri dan orang lain.

Ni nak habaq mai, lepas aku u-turn dekat Damansara Perdana tu, lepas sikit jer daripada susur keluar dari Penchala Link, aku perasan la satu kereta Proton Waja kaler gold kat line kanan dan aku di kiri untuk menghala ke masjid Al Gufran. Tetiba jer aku dengar bunyi kereta brek mengejut, kuat sangat, macam kat sebelah aku jer. Bile aku dah ke depan sikit aku tengok dari side mirror kanan kete Waja tuh hilang kawalan mungkin sebab jalan licin pasal baru lepas hujan (entah - entah tengah verangan kot, tak pun adegan tembak menembak dalam kereta) dan kereta tu berhenti mengejut. Entah cemana datang plak MyVi kaler putih dari belakang, tak sempat brek dan terus comolot belakang kereta Waja, ape lagi...remuk giler depan MyVi tu !! Belakang Waja tu tak tau la ape citer...

Aku yang tengok dekat side mirror rase gelabah gile babeng wa cakap lu beb, terkejut beruk melihat accident yang jadi belakang mata aku sendiri (pasal aku tengok dekat side mirror). Sebelum masuk ke simpang menghala ke masjid tu, ade traffic light. Sempat la aku dengan driver kereta lain tengok sementara lampu isyarat tengah merah. Aku rase cam nak demam dan - dan tu jugak, terus acting like pemandu berhemah pasal selama ni pun aku kalo drive kete macam pelesit dan aku lupe yang aku pernah accident motor, melayang bagai Superman sampai patah dua batang gigi depan dan nyaris digilis kereta, huhu...

Moral of the story - berhati - hati di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang :-D

Tukang karut,

Encek AzaT

Nota - gambar2 yang digunakan tak berapa kena dengan story, hantam saja la...

3 ulasan:

encik aidil banting berkata...

berhati2 dijalan raya :)

W. Hidney berkata...

aku dah accident banyak kali. ironiknya dengan kereta yang sama. keluar masuk workshop untuk few months. lepas accident dah bersumpah2 ni akan pandu elok. tapi last2 accident jugak. org kata 3rd time the charm. aku doa mintak2 yg ke3 tu tak akan jadi. huhuhu safe drive!

Nazrul Azat berkata...

ksiannya ekau, cadangan aku la ape kate bsempene raye yg akan dtg ni ekau angkat keter baru, tp itu la kan, malang xberbau, lepas2 aku accident moto bbrape taun dulu tu aku accident lg kene langgar dr blkng, naseb baik xkuat kalo x rase dh arwah ape, same2 kite drive bbaik ye ;-D