SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

04 Ogos 2010

Owh Jalur Gemilang

Sebagai tanda menghayati erti kemerdekaan negara kita, meh le kita pakat ramai - ramai kibarkan Jalur Gemilang hatta di rumah, kenderaan atau di mana - mana jer yang bersesuaian, ikut kreativiti memasing. Macam biasa, setiap tahun aku letakkan bendera pade kereta aku walaupun di jalan tadi aku rase hanya aku satu - satunye orang yang letakkan Jalur Gemilang pada kereta, bukan nak riak, tapi kenyataanye bendera yang tak sampai 5 hengget tu tak mampu dibeli oleh semua orang termasuk la jutawan dan hartawan Malaysia. Nampak sangat orang Malaysia ni hadap mende free. Kalo tak sempatpun at least ada pada kita semua suatu perasaan, kesediaan dan kesanggupan kita sebagai warganegara Malaysia untuk menyayangi dan mencintai negara tempat tumpah darah kita yang tiada dua dan tiga. Macam - macam boleh buat, patuh pade undang - undang pun dah boleh dikatakan cara untuk kita menyayangi Malaysia. Ini tidak pada sesetengah orang, tengok..dah kene gosip. Sesetengah orang tu pandang sebelah mata jer pada undang - undang yang bertujuan untuk melindungi dan menegakkan hak diaorang sendiri. Korang nak tau ape mende yang paling aku benci tahap #@!$#!$ pasal sikap sesetengah orang yang mengaku sebagai rakyat Malaysia? Suke potong Q, especially di jalan raya yang tengah sesak, pergh! Aku menyumpah tak sudah orang yang buat camtu, kalo kecemasan tu bole la excuse. Then, nak masuk simpang tak bagi signal, haish...hangin sial. Lagi, orang yang suke double parking, buang sampah (termasuk anak) ikut suke, berjalan bagai itik pulang petang di tempat sesak (pompuan la nih), tak puntual, etc etc. Grr...dah takde mood nak cakap pasal nih. Aku takde la baik sangat tapi kalo dah dinamakan peraturan, aku follow. So, aku menyeru kepada segenap rakyat Malaysia tak kira di mana juga you all berada, jom kibarkan Jalur Gemilang, kalo bukan kite, sape lagi??? Lady Gaga???

Tiada ulasan: