SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

04 Ogos 2010

Le Tour De Muzium Negara

Sabtu lepaih aku dan Ash pegi tour De' KL, kununnye to spend an evening in KL ala - ala romantica de amore tapi cuma dua tempat jer kitaorang pegi sebab panas yang teramat dan aku tak nak kulit aku yang gobu nih itam, huhu. At first, kitaorang lepak di Muzium Negara, last time aku pegi situ tahun 2002 kot dengan housemate mase study di UiTM dulu.



Dalam tak berapa happening datang museum nih sempat la aku pose membunuh kat situ. First time jugak la dapat jugak aku tengok plat besau Hang Tuah yang berkata "TAK AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA". Err...really? Kalo la Hang Tuah tengok keadaan orang Melayu sekarang musti dia bunuh diri melihatkan Melayu hari ini yang suke buang anak, lepas tu jadi doktor inject sendiri, then keluar masuk pusat serenti, yang dalam jail jangan cakap la, huh...Buat malu jer




Alih - alih jer bertentangan dengan Hang Tuah, ade plak pelamin diraja, tak sempat baca info sampai abeh. Tapi ini bukan pelamin anganku musnah yek, harap maklum



Ade satu bende yang aku tak tau nak dipanggil apa dekat dinding entrance museum di bahagian sejarah melaka tu, dan aku sangat suke tengok, sangat seni



Then, kitaorang beralih ke bahagian prasejarah, tetibe kan...


Tapak kaki sape nih? apakah?


Tak jauh dari situ ade plak 4 tengkorak kepala pre-historic dalam display, misteri nih...agaknye memalam hari musti dorang gosip pasal Lady Gaga, hehe



Tak jauh dari situ ade satu family orang pre-historic tengah bersiap - siap nak masak kot, nak bakau lemang ke bang?



Yang sorang nih aku tak tau motif dia menconteng di dinding gua tuh



Pegi kat bahagian lain, aku ade nampak model kapal dalam display, best nih kalo ade kapal camni ble naik pi belayar untuk honeymoon



Ha...ini la bunga emas, bende yang kerajaan Kedah zaman dulu tu kene hantar kepada Raja Siam sebagai ufti untuk memperakui kedaulatan Siam ke atas negeri - negeri sebelah utara. Ini bole buat hantaran nanti nih hehe...



Kalo tak silap aku sebab tak bace info kat display, ini ala - ala mesyuarat antara pembesar Melayu Perak dengan J.W.W Birch yang menghasilkan Perjanjian Pangkor.



Pegi pulak bahagian lain, aku nampak makcik nih tengah menoreh getah, tak sudah - sudah plak tu, kesian sangat.



Ini plak basikal pakcik mane tah dorang amek jadikan display, meandai jer letak basikal zaman Jepun, huhu



Sempat la jugak kitaorang main ba ba cak dalam kubu Jepun, ngeeee...



Kemudian aku sempat pose dengan heroku, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-5, dengan display pun jadi huhu...Ash plak pose dengan hero dia, Che Det




Dah abeh tour dalam museum, kitaorang keluar, aku rase lemas dok lelama dalam tempat kelam camtu. Kitaorang sambung pose kat luar plak. Comel tak kami berdua nih?


Ini la antara kereta Proton Saga pertama yang dibuat pada tahun 1985, kerana kereta ini la adanye Proton Aeroback, Proton Wira, Proton Putra, Proton Tiara, Proton Waja, Proton Jaguh, Proton Satria, Proton Gen-2, Proton Pesona, Proton Ezora dan yang akan datang. Aku bangge dengan Proton walaupun selalu jer ade problem huhu


Ini plak meriam yang sesuai diacukan ke arah sesape jer yang mulut puake kat opis tu, hambek kau!


 
Sebelum pegi tour tempat lain, aku dan Ash melahap ice cream pepuas


Di bawah teduhan pohon asmara, hehe


 
Tamat la sudah kelas sejarah kite hari ini, sekian berita, salam hormat ;-D

Tiada ulasan: