SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

28 Ogos 2010

Titleless

Semalam adalah hari yang sangat best, kitaorang sekeluarga berkumpul di rumah mak dan buka puasa ramai - ramai. Best sangat, mungkin bagi orang yang sememangnya stay dengan family rasa biasa jer tapi bagi aku itu la masa yang paling berharga. Aku kan stay seorang diri jer, buka puasa sorang sahur sorang, sedih seh. Cume terkilan, ayah dah tak ade, kalo la arwah ade semalam, for sure dia la orang yang paling happy melihat kitaorang berkumpul dan melayan tiga orang cucu yang tak sempat arwah nak bermesra. Ayah, i misss you...


Khamis lepas sesudah habis kejer jam 9am aku cepat - cepat balik rumah, pasal nak bersiap balik ke Kedah. Plan nak gerak terus jer dari office tapi aku perlu mandi dan rehat sekejap. lepas 1130am baru aku gerak. Perjalanan balik memang mencabar, sangat panas, sangat haus dan sangat mengantuk. Walaupun dah boleh dikira sebagai musafir tapi aku tetap nak teruskan puasa. Zaman dulu orang boleh berperang dalam bulan puasa inikan pulak aku yang hanya drive kereta dan pasang aircond full blast. Drive kereta sambil mata terkebil - kebil menahan mengantuk, asal nampak ajer accident terus insaf yang aku kene memandu dengan selamat. Sampai rumah hampir 5pm dalam keadaan yang sangat penat. Tengok muka mak terus hilang lelah. Habuan berbuka puasa yang mak sediakan - air sirap bandung dan nasi putih panas berlaukkan tomyam campur, peh sedap tak ingat. Lepas isyak aku pengsan.


Semalam la jugak aku spend time di bazar ramadan dekat Guar Cempedak, cari kuih untuk berbuka puasa. Pekan Guaq nih macam itu la tak dak berubah sikit pun. Kat bazar ramadan tu aku dah blur tak tau nak beli ape, semua nampak sedap hatta asap yang berkepul - kepul dari ayam dan ikan yang dibakarpun nampak lazat hingga menjilat jari. Mungkin pengaruh nafsu, apa yang aku beli memang melebihi had yang sepatutnya, supaya tak membazir aku sedekahkan pada masjid. Kali ni baru datang mood nak pegi bazar ramadan, selama beberapa hari puasa aku mengelak langsung nak ke bazar, lebih selesa sediakan sendiri apa yang aku nak makan. Mujur aku tak cerewet, nasi dengan sejenis lauk dah cukup mengenyangkan.

Aku berharap ahli keluarga aku akan bertambah tahun depan, so raye tahun depan berkemungkinan besar aku dah bertukar status menjadi suami kepada seorang isteri yang bernama ASH, insyaAllah. Pasti puasa dan hari raya tahun depan lebih meriah daripada biasa. Ya Allah, tunaikanlah permintaan hambaMu...


(credit to Google - pelamin anganku hehe)


Tukang karutnye,

Encik AzaT

5 ulasan:

ezam berkata...

memula baca macam TIT-LESS hahahhaa...wahhhhh ade pelamin..

jeng jeng jeng.....aku nk jadi pegepit eh pengapit!!!!!hahaha


p.s:bile nk bukak pose sama weihh..taon depan ko dh jadi laki orang....

encik aidil banting berkata...

best2 :)

Nazrul Azat berkata...

ejam - nnti aku setkan hari yg ssuai ye, weeknd bole kot? nnti aku confirmkan, xsabau nk candle light dinner sesame hihi

aidil - nak best yang kaw2 punya mai la kedah hehehe

AshMe berkata...

mcm biasa dgr jer word kemungkinan tu? huh...

encik aidil banting berkata...

nak ikot! hahaha