SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

13 September 2010

1 Hari Di Hari Raya

1 Syawal kali nih aku terpaksa bekerja, ape nak buat dah sampai turn pasal dah tiga tahun berturut aku dapat cuti raya. Redhakan ajer...

Sehari sebelum raya MPB memang dah lengang, aku dengan beberapa orang staf satu office buat keje macam biasa walaupun pada muka masing - masing macam sayu ajer. Krew The Breakfast Show ade datang office dan record ucapan raya kitaorang, tak kuasa aku nak wish, huhu...

Tepat 5pm aku blah dan pegi bazar ramadan untuk tapau makanan, tapi tak banyak choice, angkat ajer apa yang ada. Sampai rumah lepas solat asar aku terus siapkan barang - barang untuk buat rendang, satu hal pulak nak mengupas bawang, serai, kunyit bagai, nasib baik la ada ketupat instant. Yang aku risau benar takut gas abes, jadi hal pulak nak pegi cari kat kedai malam raya. FYI, ini la first time aku buat rendang cara biasa, bukannya pakai rendang instant. lepas ajer masak, PERGH !!! Sedap tak hengat...

Nasib baik rumah dah kemas, langsir + sarung kusyen + karpet semua dah tukar baru bertemakan warna BIRU. tetiba rumah aku bau kedai, ngeeee...Cume bunga ajer lupa nak beli, dah tentu la aku akan cari kaler BIRU jugak. Baju melayu of course la BIRU, haish...kenapa aku terlalu obses dengan kaler BIRU tahun ni. Lepas rendang dah masak dan ketupat dah siap rebus, aku buat kek plak. Rase macam melampau ajer padahal dok sorang - sorang pun tetap nak mantop jugak kan.

Hari raya datang juga, 5am aku dah bangun untuk bersiap pegi office. Nak - nak hujan pulak, kalo tak ade live program awal - awal pagi tak ade maknanye aku nak susah payah datang office awal. Hajat nak bawa rendang dan ketupat yang aku masak tapi tak sempat, nasib baik ada yang sudi bawa benda yang sama dari rumah masing - masing.

Mase pegi solat Jumaat dekat masjid, rase aneh ajer mane pegi entah semua orang yang selalunye ramai di masjid tu, sangat la kurang jemaahnye. Ade pendapat orang yang mengatakan kalo dah pegi solat sunat hari raya dah tak payah pegi solat jumaat dah, dorang nih tak reti bezakan mana yang sunat dan mana yang wajib kot, entahlah.

Bila ajer dah ramai berkunpul di office, ape lagi, sesi pose tak hengat pun bermula...




Itu ajer la yang boleh upload dekat blog nih, yang lain tu kene hantar censor dulu dekat LPF yer.

Balik rumah ajer aku terus terbongkang, penat sangat sampai keje pun terbengkalai dek kehilangan mood.

Kepada u ols, aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri, dan kesempatan ini aku ingin memohon keampunan terhadap segala salah dan silap sama ada disengajakan ataupun tidak.

MAAF ZAHIR DAN BATIN

3 ulasan:

ezam berkata...

teringin nk makn rendang buatan org gurun~

encik aidil banting berkata...

selamat hari raya kakanda. aha:)

zaraSa will survive berkata...

kesian bertugas ime pg raya. takpe pengorbanan tu akan dihargaimoleh semua org :).
selamat hari raya