SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

22 September 2010

Its not easy..to be me

Tadi siang mak ajak aku dan adik – adik pi dekat belah Gunung Keriang, pasai nk cari batu kristal hancoq nak taboq ataih kuboq arwah ayah aku. Tapi sebelum tu kami pi la pakat buat rombongan dekat Muzium Padi. Hat yang Muzium Padi tu aku habaq lain kali la no, ni nak habaq pasai batu kristal dulu.

Ni nak habaq mai, time aku dalam keta, aircond pasang sejuk la kan, bila keluaq pada keta ok ja tak dak rasa apa, aku masuk saja dekat kedai yg meniaga batu kristal tu, nahai... peluh aku macam kena perah, basah luaq dalam ataih bawah. Aku tengok orang lain sempoi tak dak apapun, dan – dan la kaki aku menggeletaq, macam nak demam pun ada, tak tunggu dah, aku keluaq sat pada kedai tu, ok la sikit, lepaih tu masuk balik jadi pulak. Haru sungguh aih...


 
Aku tak habaq kat mak pun aku jadi lagu tu. Sampai ke sudah aku tak habaq kat depa. Lewat petang tadi aku GOOGLE, cari info pasai batu kristal, betui la, sesetengah batu kristal tu ada kesannya pada sesetengah orang. Nak cakap banyak pun tak guna, hangpa kalau nak baca pasai batu kristal GOOGLE la sendiri no, aku malaih, heee...

Aku rasa la kan, mungkin aku ni keturunaan Superman kot, tak pasai – pasai lemah bila dekat dengan batu kristal 'cryptonite', ngeeeeeeeeee...

Up up...and away!!!!

 
Kemaruk nak jadi Superman,
 
AzaT

3 ulasan:

ezam berkata...

jangan jadi superman naaaa...nantu kena gam 3 bulan...hahaha

W. Hidney berkata...

wah hang baru tau hang nu keturunan superman kah? awat lagu tu?

SURIA AMANDA berkata...

uik...boleh ke mcm tu..ke lu mmg nak demam bro...heheheh...hutang lom langsai..ado...jgn risau...menyusul jugak nanti...penasihat lom jumpa apa yang di cari