SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

20 September 2010

Siapa Farah Adzrinaz Safie?

Suatu pagi yang hening, aku dibawa dengan sebuah kereta mewah menuju destinasi tidak diketahui, sambil diapit kiri dan kananku oleh lelaki sasa. Rimas! Di satu persimpangan, kulihat beberapa orang berdiri di kiri dan kanan jalan, seakan menyambut kehadiranku. Akhirnya aku tiba di hadapan sebuah rumah mewah yang tersergam megah di atas puncak bukit. Mungkin di sini semuanya bakal terungkai.

Aku diiring masuk ke rumah, dan diarahkan duduk di hadapan seorang lelaki dan beberapa orang yang lain mengelilingiku. Masa bagai cepat berlalu, dan lelaki berkenaan menghulurkan tangan ke arahku, tanpa disuruh, tanganku terus menjabat tangannya. Lantas...

“Aku nikahkan dikau Nazrul Azat bin Jamil dengan Farah Adzrinaz binti Safie berwakilkan wali bapanya kepadaku dengan mas kahwinnya RM100 tunai...”

Aku kelu, sungguh kelu. Lafaz nikah itu terpaksa kuulangi beberapa kali dan akhirnya selepas direnung tajam beberapa lelaki...

“Aku terima nikah Farah Adzrinaz binti Safie dengan mas kahwin seperti yang tersebut itu...”

Semua orang yang berada di dalam rumah berkenaan mengangkat tangan mengaminkan doa oleh kadi di hadapanku. Aku hanya menurut, seakan bingung dengan apa yang telah berlaku. Mataku terarah ke tangga apabila seorang perempuan berselendang labuh menuruninya. Lalu dia duduk di belakangku. Perasaanku amat berdebar. Adakah perempuan ini yang aku nikahi?

Selepas diarah seorang lelaki untuk berhadapan dengan perempuan itu, aku berpaling ke arahnya. Sebentuk cincin dihalakan kepadaku oleh seseorang dan diarahkan untuk aku menyarungkannya. Cincin itu kucapai dalam kegentaran, lalu kusarungkan ke jari perempuan itu. Tangannya lantas direntap, seakan tidak mahu aku memegangnya. Wajahnya kutatap, hati lelakiku bergetar melihat kejelitaannya, persis Fasha Sandha. Tanpa secalit senyuman dia tegar menampakkan kemarahan, seolah – olah membenci pernikahan ini.

Kehidupan kami berdua diteruskan di rumah sewaku yang serba ringkas. Lantas kehidupanku mengalami perubahan drastik dengan melalui satu fasa hidup yang belum sempat direncanakan. Sesuatu yang amatku kesali, setiap gerak geriku diintip rapi oleh beberapa lelaki walau di mana sahaja aku berada. Farah bebas keluar masuk di rumah itu namun kami tidak tidur sekamar, malah dia tidak pernah kusentuh. Hidupnya bebas, tiada sesiapa dapat menghalang pergerakannya. Setiap malam aku menanti Farah pulang, tidak kutahu ke mana dia pergi, namun sikap dinginnya terhadapku berterusan, dia langsung tidak mempedulikan aku. Mengapa aku dipaksa untuk mengahwininya?

Farah Adzrinaz! Farah Adzrinaz !...

Aku terjaga dari mimpi, Ya Allah mimpi apakah itu? Siapa Farah Adzrinaz?


Aku menantikan jawapan...

AzaT

9 ulasan:

mazin? berkata...

tak kisah la sape pun bro .. tahniah! ha ha ha sure awek ko meraju baca posting ko ni

Nazrul Azat berkata...

ini mimpi aku mlm td dude, sungguh aku mimpi mcm tu mlm tadi, sebijik2aku ingat apa yg jadi. kalo betol jd camni xmau la aku kawen cara camtu, kene jadi pak sanggup, mintak simpang, huhu

encik aidil banting berkata...

dah parah ni. baek ko kawen dgn ash cpt2. heeee

mazin? berkata...

huh.. misteri..

Nazrul Azat berkata...

aidil - kawen koboi ble x? heeee
mazin - ko tlg siasat ble? ko kn suke misteri2 nih

encik aidil banting berkata...

cuba try google. mane taw jumpe hik3

SURIA AMANDA berkata...

mimpi sebijik mcm dalam filem..x tahan muka iras si FS tuh..cheh...

AshMe berkata...

mazin: xkuasa nak majuk.dia tu mmg saja jer slalu set nak mimpi kawen2, suka feeling2.motip sgt.hakhak..

Nazrul Azat berkata...

puan lisa - sungguh muka FS, sejibik dia, xtau la nape dia yg dimimpikan huhu
ash - itu mimpi pra perkahwinan tu hehe
aidil - aku dh google, mmg xde org nama camtu