SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

07 September 2010

Tidur Lagi Bagus


Aku tak tau ape kejadah dengan diri aku sendiri kebelakangan ini, mungkin penangan bekerja di hari raya. Rasanya cuma jasad aku tertinggal di sini, tapi jiwa aku dah di Gurun. Semalam, aku ada masalah dengan si Dia, SMS yang dia hantar dan ajakannya untuk chat di FB tidak aku layan. Sebenarnya aku sedikit berkecil hari dengan apa yang dia katakan dalam YM, bukan sedikit lagi barangkali, rasa yang kecewa bukan kepalang, mungkin selama ini aku hanya bertepuk sebelah tangan, mungkin....rasa dipermainkan, mungkin...atau aku yang cepat terasa hati, mungkin....atau aku salah tanggapan, mungkin...Mungkin sudah sampai masanya aku hanya memikirkan tentang diri aku sendiri tanpa perlu ambil kisah hal ehwal orang lain, mungkin masanya sudah tiba !!

Keliling rumah dah makin sunyi, ramai orang dah balik kampung, cuma tinggal jiran tetangga bebudak keje toll, warga Indon, sesekali aunty Cina tuh menyumbangkan suara dengan nyanyian sumbang. Kereta dekat parking dah makin kurang, pagi raya nanti sah - sah aku boleh guling - guling kat situ pasal dah lengang. Hajat di hati nak lepak - lepak KLCC lepas keje 1st raya join Bangla dan Indon yang sure berduyun - duyun ke situ. Aduh, rasa psiko aje huhuhu...

Aku sendirian di rumah, sememangnya selama ini aku tinggal sendirian sambil memikirkan apa yang aku patut lakukan sempena menyambut hari raya. Rumah belum kemas, apapun belum berganti. Barang - barang untuk dimasak buat juadah di pagi raya penuh satu peti ais aku beli. Cuma aku tak ada hati nak buat semua tu, yang aku fikirkan adalah...
TIDUR !!!

3 ulasan:

ezam berkata...

alallalala separuh jiwaku pergi ye...

rilek2 la k....inshaallah ade hikmah disebaliknya~

Afzainizam berkata...

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
----==--Salam Aidilfitri---==----
--=== Maaf Zahir & Batin ===--
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
HA..BACA PANTUN NI DENGAN NADA DAN INTONASI YANG BETUL....

kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite cerie
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...
Padangbesaq kecik aja
Tempat siamlalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

encik aidil banting berkata...

jom la tgk wayang. hik hik hik