SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

30 Oktober 2010

DAPAT KOT !!!


Pagi Sabtu yang sunyi...

Selalunye pagi macam ni mak bising itu ini, kami tiga beradik yang ada di rumah ni bukan jenis talkative sangat, mak aje la yang selalu memeriahkan suasana, tapi untuk 42 hari mendatang suara mak tak akan kedengaran. Alhamdulilah semalam kami adik beradik selamat menghantar mak ke Kompleks Tabung Haji di Bayan Lepas dan lepas subuh tadi rasanya dah berlepas kot ke Jeddah. Sedih nak lepaskan mak pegi sorang-sorang walaupun ada kawan-kawannya. Semoga mak mendapat haji yang mambur. Sekarang nih tinggal bertiga la di rumah ni - aku, adik dan ijai. Esok aku dah balik ke Kota Damansara tinggal la dorang berdua. Entah cemana makan minum dorang berdua nanti, pandai-pandai la ye adik-adikku. Breakfast tadi aku buat nasi goreng, la ni aku tengah pikiaq nak masak lauk apa untuk depa makan tengah hari ni, huwaaaa susahnya tak dak mak!!!!

Esok tengah hari aku balik ke Kota Damansara, sambil mengira 9 hari lagi untuk sesuatu yang amat aku harapkan...DAPAT, TAK DAPAT, DAPAT, TAK DAPAT, DAPAT KOT !!!

3 ulasan:

ainzuryn berkata...

dapat mende??

Nazrul Azat berkata...

dapat keje baru kot? heheee

najibsyahmi berkata...

baru tau bile tak mak takde camna rasanye..hehehe..hargailah mak kita semasa dia hidup..