SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

22 Oktober 2010

DIVORCE ????



Aduh!!! Sambil mengucap syahadah dan mengeluh panjang, aku terkejut dengan apa yang dibisikkan oleh seorang teman office tadi. "Ajat, i dalam proses bercerai !!!". Astagfirullahalazim... Aku terkedu, kelu, seperti sesuatu yang maha berat menimpa diri aku sendiri. Walaupun itu konflik antara dia dan suami, namun apabila mengenangkan nasib anak kecil diaorang, aku pulak yang rasa bersalah. Aku tahu sedikit sebanyak permasalahan dia dan suami, dan aku yang selalunya menjadi tempat berkongsi susah dan senang kawan aku nan sorang tu, tapi mengenangkan aku cuma orang luar, tak layak masuk campur urusan peribadi orang lain. Aduh, kenapa pagiku yang ceria ini telah hilang serinya ??? TIDAK !!!!!

1 ulasan:

SURIA AMANDA berkata...

dah jodoh dia tak panjang..terima jer la ok..moga tiada perbalahan antara mereka...