SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

20 Oktober 2010

EMAK...maafkan aku


Apa yang bakal aku katakan di sini mungkin klise, cuma meluahkan rasa hati yang amat merindui seseorang yang bergelar EMAK. Terlalu banyak yang hendak aku perkatakan tentang EMAK, belum apa-apa aku dah menangis, memikirkan tentang EMAK membuatkan aku rasa amat bersalah, rasa bersalah mengenangkan dosa-dosa terhadap EMAK. Minggu depan Emak akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebenarnya EMAK keberatan untuk pergi kerana dia bersendirian, sepatutnya EMAK pergi bersama AYAH, namun AYAH terlebih dahulu pergi menemui Penciptanya, EMAK terpaksa bersendirian. Hasil tabungan selama beberapa tahun melayakkan EMAK menunaikan haji tanpa mengharapkan bantuan kami adik beradik. Sebenarnya beberapa minggu lalu sebelum aku pulang ke sini, EMAK menyampaikan wasiat. Kata EMAK, dia meminta bantuan aku untuk menguruskan harta peninggalan yang tak seberapa dan menjaga adik-adik. Air mata lelakiku tak berhenti mengalir mendegar setiap patah kata EMAK, ibarat EMAK bakal meninggalkan kami semua buat selama-lamanya. Namun aku perlu kuat, adik-adik amat memerlukan aku sebagai abang, cuma aku yang mereka ada. Selama ini aku lebih banyak mengalah demi adik-adik yang amat aku sayang. Apabila mengenangkan EMAK, aku terlalu mudah untuk menangis. EMAK berasal dari Sabah, berketurunan campuran Pakistan dan Bugis, punyai keluarga yang besar, pernah hidup susah ketika usia kecil. EMAK bertemu arwah AYAH yang kebetulan pada masa itu sedang melakukan tugasan praktikal di sekolah EMAK. Cinta berputik, dan selepas beberapa tahun menamatkan persekolahan, EMAK dan arwah AYAH berkahwin. EMAK sanggup meninggalkan kerjayanya sebagai juruhebah di RTM Sabah untuk pulang ke Semenanjung bersama arwah AYAH yang bertukar ke sebuah sekolah di Kajang, Selangor. Di sanalah aku dilahirkan sebagai cahayamata kedua EMAK dan arwah AYAH dan diikuti adikku. Beberapa tahun kemudian kami sekeluarga berpindah ke Kedah, negeri kelahiran arwah AYAH. Kemudian lahirlah tiga lagi orang adikku melengkapkan kami sekeluarga seramai 8 orang. Akhirnya arwah AYAH membeli sebuah rumah teres di Taman Gurun Jaya dan di situlah kami sekeluarga menetap sehingga ke hari ini. Sepanjang penghidupan ini, aku melihat EMAK melalui pelbagai ujian dan dugaan sebagai seorang isteri dan ibu. EMAK sebenarnya bukan seorang menantu pilihan, EMAK sering dibeza - bezakan. Arwah nenek iaitu ibu kepada arwah ayah sering bersikap dingin terhadap EMAK, sehingga aku amat membenci arwah nenekku itu namun demi tidak mengecilkan hati arwah ayah, aku terpaksa berbuat baik dengan arwah nenek. Aku pernah mempunyai seseorang yang istimewa yang berasal dari Sabah, namun apabila mengenangkan terlalu banyak pengorbanan yang perlu si dia lalui, aku dengan sengaja terpaksa memutuskan hubungan kami kerana aku tak mahu sejarah bakal berulang. Kuakui, EMAK sangat tegas, seorang yang mudah marah namun EMAK amat bertanggungjawab. Aku ketika kecil adalah anak yang amat degil, keras kepala, kuat merajuk dan lebih gemar menyendiri. Terus terang aku katakan, aku kurang diberi perhatian berbanding abang sulung dan adik - adik yang lain, aku tak tahu dan sering tertanya kenapa aku terpinggir? Adakah aku ini cuma anak pungut? Namun EMAK dan arwah AYAH tak pernah membezakan kami adik beradik, cuma aku yang mungkin mudah tersinggung. Disebabkan kenakalan aku, EMAK selalu memukul aku, penangan yang terkena di tubuhku bukan kepalang sakitnya. Pernah kakiku terseliuh dipukul oleh EMAK dengan sebatang kayu. Semuanya salah aku, dan antara 6 orang anak lelaki yang EMAK ada, akulah yang paling kerap dipukul. Ada kalanya aku terfikir apakah aku tempat untuk EMAK melepaskan marah? Sehingga menyebabkan aku berazam untuk membalas dendam apabila aku dewasa kelak. Namun aku bukan seorang yang pendendam, aku memikirkan hal yang positif sahaja tentang EMAK, dan disebabkan kami tiada saudara perempuan, aku mengambil tanggungjawab untuk membantu EMAK menguruskan rumah, malah EMAK sentiasa mengharapkan aku untuk menjaga adik - adik. Konflik sering timbul di antara aku dan EMAK, ada sahaja yang akan membangkitkan kemarahan EMAK terhadap aku. Sudah terlalu banyak masalah yang sering aku timbulkan sehingga mengecewakan perasaan EMAK. Aku jarang bertindah agresif, cuma sering mengambil pendekatan dengan mendiamkan diri tanda protes. Malah aku pernah melarikan diri kerana merasakan aku adalah punca pergaduhan EMAK dan arwah AYAH. Masa terus berlalu dan aku semakin meningkat usia daripada usia remaja ke usia dewasa, tiba masanya aku menentukan haluan sendiri. Dan kini setelah mempunyai kerjaya, masanya tiba untuk aku membalas jasa orang tua, walaupn tidak bergaji besar, namun aku tetap ada bahagian khusus untuk EMAK. Apa sahaja yang aku lakukan aku akan memikirkan EMAK sehingga soal makanpun aku rela berjimat dan tidak bermewah semata - mata untuk mengumpul duit semata - mata sebab EMAK. Pernah aku berniat untuk tidak berkahwin sepanjang hayatku semata - mata untuk menjaga EMAK sehingga ke akhir hayatnya. EMAK seringkali bertanyakan jika aku mahukan semula wang yang sering aku berikan kepadanya supaya EMAK dapat membayarnya kembali, namun aku tak sampai hati mahu menerimanya semula. Jasa EMAk bukan kepalang, tak terbalas wang ringgit yang aku beri untuk membalas semuanya. Setelah pemergian AYAH, EMAK amat memerlukan kami adik beradik. Aku pernah terniat untuk mencari kerja di Kedah supaya dapat lebih dekat dengan EMAK. Namun hatiku berbelah bahagi dan rezekiku terus di sini. Aku mahu memberikan EMAK hadiah paling bermakna untuknya pada tahun hadapan, seorang menantu. Kepada EMAK kumemohon agar menyampaikan doaku di hadapan Kaabah kelak, Ya Allah tunaikanlah permintaanku. Aku berjanji dengan diri ku sendiri, tidak sesekali akan kusakiti hati dan perasaan EMAK yang bersusah payah melahirkan aku ke dunia ini. Jasa dan pengorbanan EMAK mengandungkan aku selama 9 bulan dan jerih payah melahirkan dan membesarkan aku tidak mungkin dapat ku balas walau segunung intan sekalipun. Kepada sesiapa yang masih punya EMAK, hargailah dia kerana EMAK tiada galang ganti, jangan sesekali menyebabkan EMAK menangis kerana sikap buruk kita, hargai EMAK selagi dia masih bernyawa. Jangan jadi sepertiku, pernah berdendam untuk menyakiti IBU ku sendiri. Aku merayu...

3 ulasan:

encik aidil banting berkata...

syurga di bawah telapak kaki ibu. sedey baca entry mu ni. hargailah emak kita selagi dia masih bersama kita

SURIA AMANDA berkata...

sob..sob...sob....huk huk..makkkkk....Lisa duk jauh dar mak..ada MIL jer....

Love is Life berkata...

hargai lah ibumu...:)