SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

14 November 2010

CINTA MENUNTUT PENGORBANAN


SELAMAT HARI JADI SIMI !!!

Sepatutnya aku tak buat entry nih, takut menyinggung perasaan Ash, tapi tak salah aku berkongsi cerita, kalo korang nak bace la. Ari nih, genap 31 tahun umur Simi. Sebenarnye aku tak tau cemana nak bagitau korang status aku dan dia. Actually, aku dan Simi pernah declare as couple, bile? Pada malam hari jadi aku ke-24, 1 Mei 2003, at that time aku on the way pegi Shah Alam sebab nak ambek barang - barang kat rumah sewa, kan dah abeh study so kene berangkut balik la. Tepat 12am lebih kurang, aku memberanikan diri cakap aku cintakan dia, responnye? Simi terima dan sebenarnya dah lama dia sukakan aku, pehh!!!! dan - dan dalam hati ada taman, muahahaa

Disebabkan semua member kelas aku sibuk nak couple masa final year, so aku pun terjangkit jugak dengan virus CINTA. Aku mula rapat dengan Simi, tapi sekali ajer kitaorang date pegi KL dan aku belikan dia lilin aromatheraphy tu konon hadiah la tak mau balik dari dating dengan tangan kosong. Gile sial lilin tu berbau kuat satu bas bole bau muahahaaaa. Dan beberapa hari sebelum officially abeh study kitaorang keluar date kat KLCC, ini la gambarnye sebagai bukti. (sweet tak kitaorang, muahahaaaa)


But then, aku tak tau kenapa aku dan Simi macam putus lepas aku balik ke Kedah dan sambung short course di Cosmopoint. Puncanye? Sebenarnya berpunca daripada aku, memang pecah kepala fikir sama ada nak teruskan atau tidak hubungan kitaorang. Simi dari Sabah dan aku dari Kedah, amat jauh jarak kitaorang, berhubung pun tru SMS, call jauh sekali la kan. Tetiba kitaorang senyap, masing - masing buat hal sendiri. Sebenarnye, aku yang menjauhkan diri, dan aku tak nak serius bila memikirkan apa yang dah mak aku lalui.

Dipendekkan kata, mak memang macam tak bahagia bermertuakan arwah tok dan sebaliknya jugak la. Kaitannya dengan Simi? aku tak pasti sama ada Simi boleh bawa diri untuk bersama aku dengan meninggalkan family nya di Ranau Sabah. Simi nih non-malay tapi muslim. FYI, aku nih dulu berangan, taste tinggi, aku tak mau kawen dengan perempuan Melayu, sebab tu la aku lambat kawen huhuu. Simi perlu berkorban yang bukan sedikit dan aku pun kene la jugak buat perkara yang sama. so, aku ambik keputusan, aku tak mau Simi susah disebabkan aku. Aku tak la cakap mak aku akan buat perkara yang sama pada dia, dorang sama - sama dari Sabah, sure la boleh ngam, tapi aku tak mau Simi berjauhan daripada family dia macam mana yang pernah mak aku lalui. Entah la, sama ada aku pentingkan diri sendiri atau takut atau tak mau berkorban, aku tak tau nak cakap cemana, tapi aku amat mementingkan kebahagiaan Simi yang lebih terjamin di sisi keluarganya. Aku pasrah...

And now, we still contacting each other, never fail. Cuma aku tak boleh teruskan hubungan kitaorang. Honestly, dia cinta pertama aku, dan cinta pertama sentiasa akan wujud dalam hati, susah untuk dilupakan. Adalah lebih baik kami jadi best friend, itu yang lebih baik. Memang benar, cinta itu menuntut pengorbanan, tapi aku tak mau orang lain berkorban untuk aku sedangkan dia menderita di belakang hari. Simi, awak tetap di hati saya, sebagai sahabat, walaupun kita tak mungkin bersatu.

Ash, maaf tak berterus terang dengan awak, dan awak di hati saya kini dan selamanya.

5 ulasan:

My Little Diary berkata...

hmmmm... sedihnya baca citer awak ni.. teringat saya pada cinta pertama saya jugak... yg tak mgkn bersatu dah... masing2 dah buat haluan masing2 w'pun rasa cinta masih ada....
semoga tabah menghadapi dugaan hidup... cheersss!!!!!

entry terbaru"bila diri kurang sopan"

Nazrul Azat Jamil berkata...

mcm tu la awak, cinta itu indah, adakalanya menyakitkan, cinta pada Allah juga yg bkekalan

sayy berkata...

mencintai bukan memiliki, andai dia bahagia bukan dengan kita, biarkanlah.. tuhan lebih mengerti kan :)

encik aidil banting berkata...

insyaAllah - maher zain

achik ezam berkata...

ceritera cinta seorang teruna bernama nazrul azat....