SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

26 November 2010

Are you thinking about me? Because I'm thinking about you


Hmm...entahlah...

Tak tau dah nak cakap apa sebenarnye, cuma nak meluahkan rasa hati pada blog nih. Perkara yang paling aku fikirkan sekarang adalah kesihatan mak yang agak terganggu, mak masih di Madinah, masih menunggu penerbangan balik lagi 2 minggu. Mak bagitau dia kerap sangat demam, mungkin pengaruh cuaca di sana yang tak menentu. Kalau la aku bole fly pegi Madinah dan ambek mak bawa balik Malaysia cepat sikit kan bagus. jangan la disebabkan kesalahan anak-anak mak pulak yang menerima balasan, aduh aku tak tau nak buat apa sebenarnya. Aku just cakap kat mak kalau bole admit je di hospital at least she will be monitered by doctor and nurses. Ada orang jaga, ini kalo dibiarkan takut melarat jer, hmm...

Ash pulak ada masalah dengan tangannya, sangat serupa dengan masalah mak aku yang selalu mengadu sakit-sakit tangan. Aku just suruh dia pegi buat medical check-up jangan dibiarkan kang melarat. Macam biasa la Ash tu degil, memikirkan peluang untuk jumpa dia je nih nak kepit tangan dia tuh bawah ketiak aku kot-kot baik huhuu...

Ada beberapa orang lain lagi aku yang fikirkan, memang selalu dalam ingatan, ramai sangat, aku banyak memikirkan tentang orang lain, terlalu concern pasal orang lain, tapi adakah mereka memikirkan tentang aku ???

KENAPA AKU FIKIR PASAL ORANG LAIN?
KENAPA AKU SIBUK PASAL ORANG LAIN
KENAPA AKU AMBIK TAU PASAL ORANG LAIN?
KENAPA ??
KENAPA ??

Tetiber lagu akak Mariah Carey nih keluar, huhuu....



Tiada ulasan: