SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

17 November 2010

SATU HARI DI AIDIL ADHA 10 ZULHIJJAH 1431 HIJRAH

OMG... what a raya day, huhuu



Semalam aku bertolak dari Kota Damansara kurang lebih 8pm, masuk ajer highway... WTF !!! Banyak nye kereta lain berduyun-duyun last minute balik kampong, huhuuuu...

Sesekali hujan turun lebat, menghampiri R&R Tapah aku berhenti kejap. Kat situ pun pack dengan manusia, huwaaa... Tapi nasib baik la bole scanning, muwahahahaaaaaa

Perjalanan diteruskan, sesekali sangkut-sangkut jugak, factor banyak kereta dan hujan. Bila menghala ke terowong Menora, WTF !!! Jam padat dan ketat nak mampos !!! tetibe construction la bagai, WTF !!!

Sekali lagi berhenti rehat di R&R Sungai Perak, tak lamapun sebab dan 1am lebih, target aku untuk sampai at least 3am pasal dah sangat mengantuk dan aku tak nak bermalam di R&R, bahaya !!!

Mendekati sempadan Kedah, aku dah speed, gile-gile punya speed, lantak la, tetiber aje aku segar bugar. Finally 5 minit sebelum 3am, sampai jugak aku di Tol Gurun, nak tau sape sambut aku?? Arif, classmate aku dari form1 sampai form 5, dia keje toll gate boy rupenye, malu nak cakap huhuu...owh Arip sahabat lamaku, aku merinduimu

Sampai depan gate rumah, gelap aje gamaknye, bebudak dua orang tu sah tido mati. Mau aje aku hon kuat-kuat, kang satu Taman Gurun Jaya bangun lanyak aku, mati la. Lepas matikan enjin kereta, aku SMS Ash dan BFF mengatakan aku dah selamat sampai, hampeh betol, ye ye aje konon tunggu aku SMS tapi semua dah padam, weekkk...

Agenda seterusnya...TIDUR !!!!

Di pagi Aidil Adha, aku bangun kejap siapkan sarapan adik-adik aku, then aku tido balik, ngantuk sial, solat raya ke mana apa ke mana. Tengah hari sikit baru aku terhegeh-hegeh siapkan bahan untuk masak, just siapkan aje masaknye entah bila. Jiran sebelah menyebelah menghantar juadah, thanks sangat-sangat makcik Pah dan makcik Som. Adik aku si bangcik and family datang tak lama lepas tu, Mas terus offer nak buat mee udang kat kitaorang, aku ape lagi... YEEAAYYY !!!

Tengah Mas dok ligat masak, aku terkebil-kebil menahan mengantuk. Tak bole jadi nih, tido la dulu. 2pm lebih Mas kejutkan aku suruh makan dan bersiap untuk ziarah kubur arwah ayah. Mak called dari Mina kot, katanya baru sudah melontar jamrah, esok sambung lagi. Mak batuk-batuk, risau aku dibuatnya. Mak tak bole batuk kang dia sesak nafas, Ya Allah, berikanlah kesihatan kepada ibu ku...

Di sisi pusara arwah ayah, bertenggek la kitaorang adik beradik, baca yasin, bersihkan kubur, tabur bunga dan siram air mawar. Aku yang selalunya emosi meneruskan beremosi di depan kubur arwah ayah, masih belum dapat menerima pemergian ayah sebenarnya...

Balik rumah, aku terus sibuk di dapur, masakkan rendang, ketupatnya siang-siang dah rebus. Sebenarnya masih ada kekurangan pada rendang aku, masih tak boleh lawan kesedapan rendang mak yang heaven tu, huhuu...

Sambil-sambil tu berSMS dengan Aidil, katanye bosan, aku faham, aku pun bosan, jenis tak reti duduk diam macam aku nih cuti sehari pun macam setahun lamanya. Ash SMS bagitau tengah bermesra dengan omaknye, sure gossip girl pasal aku kot. Aku masih berfikir, terfikir dan memikir, kenapa SPA bodoh piang nak mampoih tak nak ambik aku keje ??? Terukkah aku??? Mengaku je la nak ambik kroni korang kan, macam la aku tak tau. Konon telus, boleh belahhhh...

Agenda malam ni, rasanye tido awal, nak borak ape dengan adik-adik pun tak ada idea, dorang lebih rela ngadap games, layan Youtube, FB bagai daripada borak dengan aku yang jarang balik nih, kesian kat aku kan, ape la nasib dapat adik-adik yang malas bercakap aka berat mulut...huhuuuu

Plan esok, nak ajak adik & ijai keluar, makan-makan, tengok movie, shopping, insya Allah


3 ulasan:

encik aidil banting berkata...

yeeaaaaaaaaaaayyyyyyyyyy!

Nazrul Azat Jamil berkata...

aidil - suddenly YEAAYYY, motive ???

achik ezam berkata...

hahahahahaha

sekali telepas semayang raya daaaaa....