SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

19 Disember 2010

AKU SUKA GERSANG...



Aku abehkan siang hari Ahad nih dengan meniduri diri sendiri, muahahahaa... Tido laa, ini malam aku keje syif malam daaa. Ape nak buat, keje kat tempat glam camtu la nasib huhuu...

Actually dari siang tadi lagi aku dok layan lagu-lagu kumpulan Gersang, alah penyanyinya si Man Bai tu. Sempat la aku flash balik memori zaman childhood, tahun 1988 kot, masa tu aku darjah 3, petang ari jer kalo mak on radio sure ada lagu dorang, paling layan lagu SURATAN TAKDIR... pergh!!!

Kesukaran melafazkan
Pengucapan perpisahan
Kepada yang tercinta

Tapi terpaksa ku lakukan
Keranaku tidak mahu
Terus berpura-pura

Usahlah ku disalahkan
Terjadinya perpisahan ini
Itu suratan takdir

Tak terlintas di hati ini
Untuk aku jatuh cinta lagi
Tapi takdir yang menentukan

Memang pernah ku berjanji
Kau yang pertama dan terakhir
Tetapi aku memungkiri

Tidak dapat ku terima
Dua cinta di dalam hati
Maafkanlah ku sayang



Ini info dorang yang aku cilok daripada Wikipedia


Kumpulan Gersang adalah sebuah kumpulan rock dari Johor penyanyi rock Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1981 dan mula dikenali semenjak tahun 1988.

Kumpulan Gersang kemudiannya memasuki Juara Lagu '89. Kumpulan Gersang diurus oleh komposer Rahim Othman di bawah syarikat Rahim Othman Production (ROP) dan keluaran / edaran album dibawah syarikat PMC yang kemudiannya BMG. Kumpulan Gersang dibubarkan pada penghujung tahun 1990 setelah selesainya kontrak persembahan Konsert jelajah Lucky Strike, kerana Man Bai mengalami sakit Tonsil yang agak serius dan menjalani pembedahan di New Zealand.

Setelah itu Man Greng menubuhkan dan menyertai kumpulan Keno sesudah itu menyertai kumpulan Fly.N Colors dan sekarang menjadi taukeh sendiri iaitu syarikat studio HAVOC dan punyai kumpulan Havoc. Jojet menyertai kumpulan Wings kemudiannya kumpulan Dragon Malaya dan sekarang menjadi artis jemputan sebagai salah satu pemain drum yang terkemuka. Kid sebelum itu sudah pun menyertai kumpulan Search dan sekarang menjadi pemilik kedai BangiKopitiam.

Acis menyambung pelajaran dalam bidang muzik di Amerika Syarikat dan sekarang menjadi pengarah muzik dan punyai syarikat studio sendiri iaitu Akarkarya S/B dan kemudiannya berkahwin dengan ratu jazz negara iaitu Sheila Majid. Ajib masih aktif dalam muzik dan banyak menerima jemputan sebagai pemain gitar utama. Setelah pulih dari pembedahan tonsil dan menimba ilmu di syarikat Roslan Aziz Production (RAP), beberapa tahun kemudiannya Man Bai telah menjadi artis solo dan telah mengeluarkan 2 album iaitu Man Bai dan Positif dan memenangi anugerah Artis Baru Solo Lelaki Terbaik. Pada penghujung tahun 2010 Man Bai mengeluarkan mini albumnya yang memuatkan 6 lagu; 3 lagu baru dan 3 lagu lama iaitu 2 dari album solo dan 1 dari album Gersang.

Man Bai ada berlakon dalam beberapa filem dan iklan tv seperti Layar Lara, Syukur 21, Puteri Gunung Ledang dan sebagainya, manakala Jojet berlakon filem arahan Dato Yusuf Haslam. Kid ada berlakon dalam filem Isabella dan Fenomena. Lakonan Man Bai mendapat pujian dan menangi anugerah Pelakon Lelaki Harapan Terbaik. Pada bulan Jun 2010, Kumpulan Gersang telah bergabung kembali dan membuat persembahan pertama dalam tempoh lebih kurang 20 tahun pada 19.06.2010 di Konsert Inspirasi Muzik-Muzik TV3 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur siaran secara langsung di TV3 yang bermula pada jam 9.00 malam.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kumpulan_Gersang


Err... lagu nih terkena kat diri aku sendiri, pedih !!!

3 ulasan:

Anisa Hang Tuah berkata...

tak terlintas di hati ini utk aku jatuh cinta lagi
(:

shapoji berkata...

aku ingat gersang jenis mane la tadi....

AD feez berkata...

ingtkan gersang horny 24/7... hahah :P