SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

25 Disember 2010

CUMA LUAHAN HATI...

Catatan sebelum tidur...

1. Penat sangat hari nih, sangat-sangat penat, mujur sangat system tip top, dan aku dapat buat keje advance sampai Jumaat depan, alhamdulilah
2. Lapang hati dapat bercakap dengan Ayim, dah ajak dia tengok rehearsal AJL 8 Januari depan
3. Lupa lagi nak call mak, esoklah, hope mak ok
4. Kawan-kawan yang selama ni dekat makin menjauh, entahlah mana silapnya
5. Sempat shopping sikit sebelum balik tadi, mahu kelihatan lain minggu depan
6. Masih belum dapat beli gitar yang diidamkan, mimpi lagi lah malam ni
7. Handphone terus buat hal, macam nak baling masuk parit jer
8. Tetiba rasa macam nak ada anak, sepasang anak buat peneman hidup
9. Rasa bersalah kerana cuba memisahkan kasih walaupun ia terlarang
10. Kenapa Ash terus dingin dengan aku?
11. Syukur dapat belanja diri sendiri, selama ni selalu belanja orang lain aje
12. Rumah macam tongkang pecah, esoklah kemas
13. Sangat berkenan tengok basikal dekat Giant tadi
14. Tengah survey nak beli rumah, berkenan dengan apartment di Sec 22 Shah Alam tu, akan cuba call that agency on Monday
15. Sangat addict dengan instant cafe
16. Rasa terhina dengan sikap Fii
17. Aku cuba melupakan seseorang, tapi aku tak mampu
18. Ruginya tak jual share Jumaat lepas, RM 12k melepas !
19. Plan nak bercuti bulan Mei tahun depan sebagai hadiah hari jadiku, mungkin di puncak Kinabalu
20. Aku sangat rindukan arwah ayah... aku dah tak larat menangis

Selamat malam... mohon maaf salah silapku... assalamualaikum

2 ulasan:

Anisa Hang Tuah berkata...

selamat malam (:

mimpi indah

cek chun berkata...

yg nak dilupa memang payah kalau selalu diingat