SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

11 Disember 2010

KISAH BENAR AKU...


Aku selamat sampai di Gurun tepat 3pm tadi selepas singgah sekejap di gerai mee abu dekat pekan Bedong, aku bungkuskan sekali makanan untuk adik-adik aku, tau dorang belum makan. Alhamdulilah syukur pada Allah swt, dapat lagi aku balik ke rumah pusaka arwah ayah ini.

Macam biasa aku berbual sekejap dengan dorang, sempat bertanyakan pada Adik tentang bas yang kemik dek dilanggar Zul. Si Ijai kemain lagi dia, rambut makin panjang, mak balik lusa sah-sah membebel dekat dia dulu. Ini la adik-adik aku, adik-adik yang amat aku sayang walaupun aku tak tunjuk sangat sayang aku kat dorang, aku terpaksa bertegas dengan empat adik aku menyebabkan dorang mungkin membenci aku. Namun hanya Tuhan saja yang tau macam mana kuatnya sayang aku pada adik-adik.

Perasaan menjadi sebak ketika di dapur, berfikir bagaimana Adik dan Ijai menguruskan diri ketika ketiadaan mak yang masih di Mekah. Keadaan di dapur sedikit tidak terurus, biasalah namapun lelaki, mujur aku diajar mak menguruskan rumah sejak aku kecil lagi. Cuma terdetik bayangan, kalau mak dah tak ada nanti, macam mana keadaan adik-adik aku?

Sebenarnya aku ada abang sulung, tapi kami adik-beradik tak rasa macam ada abang sulung pun, dia seperti terlalu asing, sekarang dia membawa diri entah ke mana. Aku sendiri tak tau apa masalah antara kami adik-beradik. Sampai ke saat ini abang sulung aku tu tak pernah nak menunjukkan kemesraan pada adik-adiknya. Sikit pun tak pernah, tapi kami tak kecik hati, tak pernah terniat nak pulaukan dia sebab dia tetap abang kami. Peliknya, dia amat menyayangi anak-anak saudaranya, tapi dengan adik-adiknya sendiri?

Biasalah hal adik-beradik, adakala berbaik adakala sebaliknya. Hakikatnya semasa kecil kami enam beradik tidak rapat, serius cakap kami berenam sebelumnya macam bermusuh, ada saja yang tak kena dan tak bertegur sapa tanpa ada sebab. Masa berlalu, dan mengubah hubungan kami lima beradik menjadi lebih baik. Cuma masalahnya masih dengan abang sulung. Aku sendiri sebenarnya amat merindui kasih sayang seorang abang, cuma sempat seketika dia menjaga aku atas amanah ayah dan emak di masa aku masih di darjah 1, dan kemudian aku mula diabaikan membuatkan aku terpaksa berdikari pada usia masih kecil. Aku mengaku aku amat cemburu dengan kawan-kawan yang baik dengan abang masing-masing. Sungguh cemburu!

Mungkin disebabkan itu aku tekad menjadi abang yang lebih bertanggungjawab dan menyayangi adik-adik aku sepenuh hati. Aku tak nak Adik dan Ijai berasa terpinggir kerana mereka berdua saja adik yang masih dalam jagaan mak dan aku selepas Bangcik dan Jijul berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.

Aku bersyukur kerana aku diberi tanggungjawab sebagai abang dan jiwa aku dipenuhi kasih sayang untuk sesiapa saja yang sudi menerimanya. Cuma, aku tetap sendiri dan tidak disayangi...

12 ulasan:

Ash berkata...

Motippp??

achik ezam berkata...

baeknya abang azat neh~

Anisa Hang Tuah berkata...

gurun?
i likeee
hehe

Syafiq Rosli berkata...

bgus abg ni..:)

NAZRUL AZAT JAMIL berkata...

ash - motifnya saya sayang adik2 sy dan org yg tau respect sy, bukan mcm awk tu !

NAZRUL AZAT JAMIL berkata...

ezam - ini la adik2 yg aku ade, susah senang kami sama2

NAZRUL AZAT JAMIL berkata...

anisa - jemput la mai gurun, heheee

NAZRUL AZAT JAMIL berkata...

syafiq - tak baik la, garang nk mampos, huhuuuu

Ash berkata...

melampaunya tuduhan..xreti lsg jaga ati org.sudahla..

NAZRUL AZAT JAMIL berkata...

ash - apa buktinya awk syg sy? sy xpernah nampak apa2 ksungguhan pd awk

Ash berkata...

yer la x bersgguh kan..dah bwk jumpa family bagai..lagi nk merepek bkn2.sy bg awk peluang utk berubah..kena la bersyukur bkn mengada2.sabar sy ada limit okay..

NAZRUL AZAT JAMIL berkata...

aku dah malas nak fikir !!!!!