SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

10 Disember 2010

STIM DENGAN TEMPE !!!


Info tentang TEMPE daripada wikipedia.org

Tempe adalah makanan kacang soya yang amat popular di Asia Tenggara dan berasal dari Indonesia. Walaupun ia sering kali dikaitkan dengan tauhu, tempe sebenarnya amat berbeza. Proses penapaian memberikan tempe banyak zat dan komponen rasa yang tidak terdapat dalam tauhu. Sebagai contoh, ia mempunyai rasa yang lebih kuat dan tekstur yang lebih keras berbanding tauhu.

Tempe bermula dengan kacang soya mentah, yang dilembutkan dan dipecahkan atau dihancurkan. Asid lemah, biasanya cuka, ditambah dan ibu yang mengandungi kulat (Rhizopus oligosporus) dicampurkan bersama. Kacang soya tersebut kemudiannya diratakan dalam lapisan nipis dan dibiarkan menapai selama 24 jam pada suhu sekitar 30°C (86°F). Damal tempe bermutu tinggi, kacang terlekat dengan jalinan miselium putih. Jika proses penapaian dibiarkan terlalu lama, spora hitam mungkin terbentuk dipermukaan -- ia tidak berbahaya, walaupun tempe bermutu tinggi tidak mempunyai atau sedikit sahaja spora yang kelihatan. Bau ammonia lemah mungkin terdapat pada tempe yang baik ketika diperam, tetapi biasanya tidak memeningkan.

Protein soya di dalam tempe semakin mudah diceranakan dangan proses penapaian. Secara khususnya, (oligosakarida) yang sering dikaitkan dengan gas dan tidak hadam dikurangkan dengan banyaknya oleh kultur Rhizopus. Dalam kedai tradisional membuat tempe, kultur pencetus sering kali mempunyai bakteria berguna yang menghasilkan vitamin (seperti vitamin B12). Di negara-negara Barat, menjadi kebiasaan bagi menggunakan kultur tulen yang hanya mengandungi Rhizopus oligosporus. Disebabkan tempe dihasilkan daripada biji kacang, ia turut merupakan sumber serabut yang baik.

Tempe juga terkenal di Malaysia dan sangat popular terutamanya di daerah Klang kerana banyak penduduk yang berasal dari Indonesia telah mempopularkan makanan ini. Tempe khas turut boleh diperbuat daripada kekacang jenis lain, atau juga mengandungi campuran kacang dan bijiran. Tempeh bongrek adalah tempe Indonesia yang disediakan dengan campuran kelapa. Tempe jenis ini kadang-kala tercemar dan organisma yang tidak diingini menghasilkan toksin daripada kelapa. Masaalah ini tidak dihadapi oleh tempe yang diperbuat daripada kacang atau bijiran. Apabila tempa kacang atau bijiran mempunyai warna yang betul, tekstur, dan bau, ia merupakan petunjuk penting bahawa hasil itu adalah selamat.

Di dapur, tempe sering kali disediakan dengan memotongnya kepada kepingan kecil, direndam dalam air garam, atau sos masin, dan digoreng dalam minyak. Tempe goreng boleh dimakan begitu sahaja, atau dicampur cili, sup, dan kuah.

TETIBA TEMPE ???

Pasal beberapa ari nih aku dah addict dengan tempe, NYUM NYUM....

25 ulasan:

Sasa Al-Sharif berkata...

aku suka tempe jgk. mau yang pedas :)

cek chun berkata...

ni nak dapat awek seberang ka awek jawa :p

NAZRUL AZAT JAMIL berkata...

no la u ols, ai nak chantekkan kulit ai heheeeeee

Anisa Hang Tuah berkata...

tempe sangat sedap
siys sedappp

Che Armad berkata...

chantek gambar tempe goreng...
sedap kalau dimakan...

achik ezam berkata...

mak abah saya org jawa....tempe tu dh macam wajib ada...


tapi naseb baek saya org UK....hari2 makan steak~

SURIA AMANDA berkata...

tempe baik utk ibu2 mengandung kan?

i'm shin... i'm inesen berkata...

i remembered.. ada Hamba Allah.. sorang menteri ni dok bilang... muka dia lichin.. muda.. bukan sbb botox.. tp makan tempe.. huhu sekonyong konyong.. tempe out of stock.. laku di pasaran ek..

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) berkata...

mkn tempe bole STIM ek??hahaha..

*nk mkn byk2 la pas ni...

NAZRUL AZAT JAMIL berkata...

Sasa - pergh !!!! tempe + ikan bilis + sambal + tauhu + kacang goreng + kacang pjgn + suun = SEDAP !!!!!!

NAZRUL AZAT JAMIL berkata...

che chun - keturunan sy pun asal sebelah sane jugak huhuuuu

NAZRUL AZAT JAMIL berkata...

anisa - serius sedap !!! kebaru2an jugak addict tempe nih heheee

NAZRUL AZAT JAMIL berkata...

che armad - gambau pinjam pakcik google punye huhuuuu

NAZRUL AZAT JAMIL berkata...

ezam - ces, xnak ngaku kan, muahahahaaaa

NAZRUL AZAT JAMIL berkata...

puan lisa - ye betoi, sgt sesuai tp jgn selalu sbb tempe berasid

NAZRUL AZAT JAMIL berkata...

shin - ye betoi, tadi mase google tempe ade gak kuar muke dia huhuuu

NAZRUL AZAT JAMIL berkata...

AFA - bole kot untuk tambah tenaga kelelakian, muahahaaa

Rozuan Ismail berkata...

tempe..sedap nya..nk try leh x..

Ash berkata...

xsedap pon!!! (hakhak..tiru blk ayat vono.bluweeekkk!!)

Halia Kentang @ Annpaan berkata...

sdap nyer tempe..
sy mmg gila tempe..
ehehe

ali berkata...

yup saye pon suke tempe. goreng rangup2 pastu cecah sambal kicap....wuuuusssshhhh sedap.

NAZRUL AZAT JAMIL berkata...

rozuan - sile kan, beli sendiri ek, heheeeee

NAZRUL AZAT JAMIL berkata...

ash - psl awk xde darah jawa, sbb tu x feel bile makan tempe heheeee

NAZRUL AZAT JAMIL berkata...

cik halia - u suke ai lagiiiii suke tempe heeeeeee

NAZRUL AZAT JAMIL berkata...

ali - jum buat biz tempe heheeee