SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

02 Januari 2011

KENAPA LELAKI CEPAT MATI ???




Err... bukan nak menimbulkan isu, cume ini adalah fakta, nisbah jangka hayat antara lelaki dan perempuan sangat ketara - 72:80, dan kematian pelakon Faizal Yusop sedikit merisaukan aku. Pada usia 33 tahun arwah pergi selama-lamanya akibat kegagalan jantung, aku? Simptomnya sudah ada.


AZAM BARU 2011 - JAGA KESIHATAN !!


Di bawah ni aku ambik pendapat orang ramai KENAPA LELAKI CEPAT MATI


Antaranya :


Kenapa lelaki lebih pendek umur dari pompuan? sbb makan tak ade khasiat....sbb stress....sbb pompuan kuat membebel...sbb kerja gila2...sbb ape yea


Source :
http://malaysia.youthsays.com/questions/228899?filter=recently_commented



.....


1. adakah lelaki ni kurang memberi perhatian pada kesihatan dir dan terlalu mementingkan soal kerja sahaja...Di Malaysia, kebanyakan lelaki adalah perokok, mkn di kedai2 mamak, remaja pLak suka pegi fast fOOd... adakah ini faktor yg mengakibatkan penyakit lbh kpd lelaki?


2. mgkn lelaki nie lebih layak mndpt sakit sbb mereka kuat dan mampu menerima " AZAB " berbanding wanita kot...


3. ai rasa lelaki pendek umur sebab selalu dengar isteri / gelpren membebel, tekanan perasaan


4. faktor pemakanan yg menyebabkan lelaki pendek umur... masa muda makan tak ingat dunia... pastu umur tak sampai 40 dah ade penyakit package, jantung, darah tinggi, kencing manis... bila dah pencen umur 55, duit pencen habis tuk berubat... mak yg umur 75 sihat walafiat kena jaga anak yg sakit cam org tua


source :
http://www.mesra.net/forum/index.php?s=5ce8778e087738ac816a5f465d4ffc3f&showtopic=97676



.....


1. cuba lihat program kesihatan di klinik, ada khas utk lelaki?
MCH ada women clinic,
MCH ada red/yellow coding ante natal
MCH ada pap-smear
semua itu ada utk perempuan. so dari awal boleh kesan penyakit dan jika ada,lebih awal di kesan.


2. Salam..Teman dengor sorg ustaz dlm ceramah agama radio cakap.. Org pompuan umur lebih panjang dari laki dia sebab STRESS kurang.. Org pompuan dapat lepaskan apa masalah,tension dan stress yg terbuku dihati dia pada suami.. Tambahan pulak yg suka membebel.. Lega dapat cerita masalah.. Jadi, stress dia akan berkurangan.. Suami pulak, dah le stress tempat keje, balik rumah kene dengor bebel isteri yg nak lepaskan stress dia, Bertambah stress le sang suami.. Tu le sebab pendam stress yg bertimbun2, akhirnya kena macam2 penyakit dan stroke, dan sebab tu le umur depa tak panjang..


Source :
http://tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=28548&start=75



.....


Mengapa jangka hayat lelaki lebih pendek, atau dalam konteks ini, nyawa bapa lebih pendek dari ibu?


Kerana leteran? Letih membawa barang isteri membeli belah? Atau mungkin juga patah hati kerana kurang mendapat kasih dan perhatian isteri serta anak-anak?


Bagi sesetengah bapa, ada yang mencari maut sendiri. Rokok menjadi antara punca utama ramai anak kehilangan bapa, ramai isteri kehilangan suami.


"Bronkitis kronik dan kanser paru-paru banyak berlaku di kalangan lelaki di negara ini, kebanyakannya akibat rokok.


"Lelaki juga diancam masalah kanser prostat, kanser testis dan masalah mati pucuk, yang menambahkan tekanan fizikal badan kepada tekanan mental yang sudah membelenggu," kata Dr. Abdul Malik.


Lelaki juga sebenarnya malas berjumpa doktor berbanding wanita! Ini mendedahkan mereka kepada ancaman bermacam jenis penyakit, kronik atau yang berjangkit.
"Rokok turut membawa kepada serangan jantung, masalah paru-paru, kematian mengejut dan juga kanser!"


Dari segi pekerjaan pula, lebih banyak lelaki diamanahkan dengan pekerjaan berbahaya seperti buruh binaan, polis, tentera, bomba dan pengurusan mesin berat. Dari rokok, jangka hayat hingga ke pekerjaan, risiko maut lebih tinggi pada lelaki. Jika ditambah dengan gaya hidup tidak sihat, semakin pupuslah jantina ini, bersamanya gelaran bapa kepada ramai anak bangsa.


Dr. Abdul Malik bersetuju golongan lelaki juga banyak menghadapi kesukaran hidup, dari tanggungjawab terhadap keluarga hingga ke tanggungjawab terhadap tugas kerja.


"Hidup lelaki tidak kurang kesukarannya. Lelaki (bapa) biasa akan keluar mencari rezeki untuk keluarga.


"Kerja di luar mendedahkan mereka kepada bahaya jangkitan penyakit dan juga kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja," dakwanya.


Tambahnya, dengan timbunan beban kerja dan memikirkan keperluan keluarga, lelaki begitu mudah mengalami tekanan fizikal dan mental.


Keperluan barangan rumah dan dapur, keperluan anak, keperluan sekolah serta duit belanja anak dan isteri, mungkin juga duit untuk isteri membeli belah.


Semua ini menjadi tanggungjawab lelaki sebagai suami dan bapa untuk menyediakan kemudahan dan perlindungan untuk keluarga. Tinggi tekanannya!


Source :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=0621&pg=kn_.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&y=2009



Pesanan untuk diri sendiri dan semua lelaki di luar sana :


KITA JAGA KESIHATAN !!!


8 ulasan:

schaze zainn berkata...

so berenti la merokok ye wahai LELAKI..

:)

have a good day

NAZRUL AZAT berkata...

err.. nasib baik sy x merokok

achik ezam berkata...

nasib baek saya jantan.


wahaahaahhhaha~

NAZRUL AZAT berkata...

heap .....

ADfeez berkata...

nice info.... tp since sy jantan... sy ok :P

NAZRUL AZAT berkata...

heap lagi ....

shapoji berkata...

bgus2, jage kesihatan tue.....life is a brief candle...

NAZRUL AZAT berkata...

mekasih adik shapoji ;-D