SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

30 Januari 2011

SABTU PENUH CERITA...



Sehari dapat mengelakkan diri daripada berblog, rase macam kurang lengkap jer hidup aku, sengaja sebenarnya... maaf, entri kali ini sangat panjang daripada biasa.

Semalam (Sabtu, 29 Januari 2011), 3pm, aku lunch di mamak, ikut plan asal aku nak jog di Shah Alam, tapi langit Shah Alam dari jauh kelihatan hitam tanda mahu hujan, terus aku contact Lanz, ajak dia lepak mana yang patut, pasal aku bosan nak mampos takde buat apa pun di rumah.

Di rumah lanz, aku tergerak cakap pada Lanz aku nak pegi cari wig, motip tetibe mau wig? Lanz macam paham jer, terus dia bagi try wig dia. Ape lagi, aku try laaa... hasilnya ! Kurasakan ayu sekali, awwwww...





Hehee... aku rindukan zaman aku berambut panjang dulu...

Then, haluan kitaorang ke karaoke center dekat dengan rumah Lanz. Saje aku nak balas dendam, last 3 week dorang ajak aku karok masa aku tak sihat, kali nih, hambek kau!!!

Mase Lanz nyanyi lagu BAIK BAIK SAYANG by Wali Band, aku rasa macam nak menangis kat situ, serius!! Lagu tu buat aku rindukan si dia, time tu jugak secara kebetulan, aku dapat SMS dia, hmm... tak boleh nak digambarkan macam mana perasaan aku masa tu.

"Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku di siang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu"

Sejam kitaorang karok, aku ajak Lanz lepak di Pulau Indah, dah lama dah aku cakap kat Lanz nak pegi situ, then kalo sempat nak makan-makan kat restoran Bro Fahrin. Kami masuk kereta, aku terus drive ke sana, 40 minit sampai, dalam keadaan hujan renyai-renyai. Lantak la, tapi masa dekat jeti tu, serius aku rasa sedikit emosi. Motip??

Kami dua orang nih ada tabiat yang tak sihat sket, pegi la mana-manapun kami akan pose punye wa cakap lu, gasak la orang nak cakap ape, ujan pon ujan la. So, inji la hasil peel kitaorang yang pantang jumpe camera nih, yang lelain belum censor LPF lagi, heheee...











7pm kitaorang gerak balik, on the way nak ke Seksyen 8 Kota Damansara, di traffic light selepas Uptown, aku nyaris-nyaris rempuh mat motor yang suke hati dia kot masuk simpang. FUCK YOU!!! Nasib baik aku tak laju, kalo tidak mamat tu memang maut la dan aku mungkin penat nak menjawab di balai polis. Macam nak pecah jer jantung aku, memang lahanat la mamat tu!

Dalam keadaan menggeletar takut walaupun bukan aku yang salah, sampai jugak kami kat Seksyen 8 Kota Damansara, ada pasar malam kat situ. Aku ngidam nak makan bihun sup, dan nak tapau bawak balik rumah. Dekat gerai sate aku terjumpe Hasreen aka UNEH, memang tak pernah berkurang sikitpun ramah dia tu, Uneh nih ex-officemate aku, resigned and fully concentrated dengan dunia lukisannya.

Memandangkan kat depan pasar malam tu ada ANI SUP UTARA, aku ajak Lanz makan situ je tak gadoh nak tapau bagai. Pergh!!! Sedap nak mampos, macam nak jer menambah semangkuk dua lagi. Lepas pekena bihun sup, aku beli kudapan kat pasar malam tu, nak tau aku beli apa??





Ni dia, ape nama entah, sate kentang goreng, heheee.... Sedap woi, mau bertambah lemak tepu aku huhuuu...

Sambil layan Majalah 3, kemudiannya drama Menantu Tip Top, aku edit gambar yang diambil tadi. Sempat jugak aku chat di FB dengan JR dan D. But then, datang SMS daripada Si Dia , dek kerana aku sangat sensitif, cara aku reply mungkin membuatkan dia turut sama berkecil hati. Aku selalu salah anggap tentang dia, salah satu SMS nya dengan pantas membuatkan aku emosi. Maafkan aku teman... cuma, caramu membuatkan aku rasa tidak penting dalam hidupmu.

Mata aku terarah melihat drama di TV, adegan suami isteri muda itu membuatkan aku rasa sangat ingin untuk menyayangi seorang insan bernama ISTERI... Tapi, aku cuma mampu bermimpi.

Berakhirlah hari Sabtu yang penuh makna...

5 ulasan:

Anisa Hang Tuah berkata...

sate kentang goreng?
cam sedappppp

wahh.
abg naz
kalau berambut pnjang kelihatan anggun gitu
hee

khaifaiz berkata...

wah bro.. betul2 outing tu.. superb2

flyz berkata...

pose baik punyer...

Asrul "iLham" Sany berkata...

pe agi? bela ar rambut panjang...

;D

SURIA AMANDA berkata...

Nazrul..elok ler hang berambut pendek dari panjang...x pasal2 jadi mat jambu plak kang...apa pun byk2 la upload gambo ..blog kamu nih kurang gambo kamu la..huhu