SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

19 Januari 2011

TERIMA KASIH

Alhamdulilah
selamat berlangsung sebentar tadi
jamuan makan tengah hari
meraikan kemenangan AMG
pada OPEN HOUSE MPB
aku tak makan nasi
tak selera dah berhari-hari
orang lain menambah berkali-kali
aku cuma memandang sepi
apakan daya
cuma menghitung hari
...
Terima kasih pada seorang teman
sudi mengingatiku setiap hari
saban pagi SMS diterima
terasa diri amat dihargai
aku sangat sayang kamu
kamu bukan KAYU
seperti mana anggapanmu
...
Hati terasa sakit sekali
insiden pagi ini
bos cuma nampak usaha orang lain
aku yang berpenat cuma makan hati
BOS... KAU MEMANG BUTA HATI !!!
...
Untung ada Encik Blog
dapat aku mengadu kekecewaan
nak cakap pada orang
ramai tak boleh pakai
boleh dengar soksek sana sini
jelas tak jujur dan amanah
sifat MELAYU JATI
tak pandai berpegang pada janji
patut la ada istilah
JANJI MELAYU
...
Mau buat keje dulu
aku bersyukur punya kerja
daripada sesetengah orang
cuma makan gaji buta
...

14 ulasan:

khaifaiz berkata...

Terima kasih di atas entri.
Sgt tersusun dan indah sekali.
Membuat diri ingin bertandang lagi.
Membaca entri di blog hebat ini..


hehe.. amacam, boleh lawan tak..

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ berkata...

ai pun tgh wat keje....

(^^,)

SURIA AMANDA berkata...

tau takpe...ash dah call ke?sapa yang KAYU tu?

NAZRUL AZAT berkata...

encik khai ini pantunnya ;-

kata disusun menjadi bahasa
amat indah leka seketika
datanglah lagi di lain masa
akan ku tunggu dengan setia

yeaayyy aku dah balas pantun kau heheee

NAZRUL AZAT berkata...

yanie - heh bakal pengantin, i xdpt kad lg ye
;-)

NAZRUL AZAT berkata...

puan lisa - si kayu tu kawan fantasi, hahahaa

Asrul "iLham" Sany berkata...

agak menyampah ngan member sendiri gak.

sedang cuba untuk blah dari dia, seb baik dia duk jauh...

NAZRUL AZAT berkata...

asrul - sape?

ADfeez berkata...

suka ayat yang last sekali!!!
"aku beryukur punya kerja...dari sesetengah orang, cuma makan gaji buta....":P

heee....

NAZRUL AZAT berkata...

adfeez - bukan nk mengata tapi kenyataan, stgh org tu xbersyukur, bile dh dpt keje tp memain, padahal ramai kt luar sane tgh cari keje, realitinya begitulah di opis ku huhuuu

My Little Diary berkata...

salam,

aku besyukur punya kawan spt kamu... yg sering bermadah dlm mem'post' entrynya... huhu

Nurul Asyikin Mustafa berkata...

sabar..sebaik2 manusia adalah org yg sabar..kejujuran dan keikhlasan kita hanya Allah yg akan membalasnya...insyaAllah

NAZRUL AZAT berkata...

rima - madah la sangat, huhuuuu, sy pun suke kawan dengan rima, yeeayyyyy

NAZRUL AZAT berkata...

nurul - thanks sgt sbb menasihati sy, kwn2 mcm ni la yg sy sgt2 sayang