SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

18 Februari 2011

APA ADA PADA NAMA ???


Mari dekat !!! Uih.... lama tak hapdet blog. Kali nih aku nak bercerita pasal gelaran dan pangkal nama yang beraneka macam gitu. Sorry, entry aku kali nih agak ilmiah. So, sesape tak nak baca...nampak tak kotak merah berpangkah tu?? Entry ini adalah kompilasi kepada quick research yang aku GOOGLE, segala kekurangan harap dimaafkan.

1. Wan

Awalan nama Wan ialah gelaran yang digunakan untuk orang dari keturunan bangsawan Melayu. Nama ini digunakan oleh golongan:

1.Keturunan Ahlul Bait
2.Keturunan Raja Patani di Kelantan, di zaman Cik Siti Wan Kembang
3.Keturunan panglima-panglima Kedah

Gelaran Wan terdapat di negeri-negeri seperti Kelantan, Kedah dan Terengganu. Di Terengganu, Wan diberikan kepada zuriat untuk lelaki dan perempuan bernasabkan berketurunan Rasulullah s.a.w. iaitu bergelar Syarifah pada sebelah ibunya. Di Kedah, gelaran Wan digunakan oleh ketua-ketua menteri pada zaman terdahulu, seperti Wan Abdul Saman dan seterusnya gelaran itu diwarisi oleh generasinya sehingga ke hari ini. Manakala gelaran Wan di Kelantan Dikatakan bermula daripada keturunan Raja Patani. Sekiranya seorang perempuan yang memegang gelaran 'Wan berkahwin dengan lelaki yang bukan daripada keturunan 'Wan, maka anak-anak yang bakal dilahirkan perlu di berikan gelaran 'Nik'.

2. Nik

Kononnya asal-usul Nik bermula pada zaman Puteri Saa’dong (di selatan Thailand), ada seorang raja memerintah tidak memiliki cahaya mata. So, raja berkenaan mengambil anak angkat lelaki. Seorang diperoleh dari buluh betung manakala seorang lagi daripada mulut ikan sebelah. Jadi, gelaran nama Nik ini diberikan kepada mereka sebagai membezakan dengan gelaran kerabat di raja lain, dikatakan juga keturunan Nik sehingga hari ini tidak boleh menikmati hidangan rebung dan ikan sebelah kerana kepercayaan yang mengatakan keturunan Nik tidak boleh menikmati kedua hidangan berkenaan. Kajian lain juga mendakwa gelaran Nik berasal dari nama Tengku sekitar kurun ke-18 hingga ke-19 dan diteruskan sehingga kini. Gelaran Nik akan lupus dengan sendiri jika wanita bergelar Nik berkahwin dengan lelaki ‘biasa’.

Pendapat lain :

1) bila keturunan raja, perempuan berkahwin dengan ahlul bait ...maka bergelar WAN. Manakala keturunan raja, perempuan kahwin dengan orang kebanyakan...maka bergelar NIK.
ATAU
2) bila keturunan raja perempuan kahwin orang biasa..dapat NIK...dan bila prempuan NIK kahwin orang biasa dapat WAN.

3. Syed / Syarifah (adakala ejaan Sharifah)

Penentuan nama keturunan Syed dan Syarifah nih adalah mengikut hukum feqah, aku tak pasti tapi mari kita lihat apa yang berlaku apabila Syed berkahwin dengan Syarifah, zuriat secara automatik mewarisi pangkal nama tersebut, tapi kalau lelaki biasa berkahwin dengan perempuan bergelar Syarifah, nasab terputus dan zuriat tidak dinamakan Syed atau Syarifah, ada pula pendapat yang membolehkan ia terus kekal, pening sudah !!

Perkataan As-Sayyid(Syed) ini membawa maksud “ketua” atau “pemimpin”.

Dalam Sahih Bukhari, Rasulullah s.a.w pernah bersabda mengenai Al-Hassan:
“Sungguhlah bahawa puteraku ini (sambil merujuk kepada Hassan r.a) adalah Sayyid. Mudah-mudahan melaluinya Allah akan mendamaikan (pertikaian) antara dua golongan besar dari kaum Muslimin.”

Perlu diingat, keturunan bukan sesuatu untuk dibanggakan, ia merupakan satu tanggungjawab kepada individu berkenaan untuk menjaga darah keturunan Rasulullah s.a.w dengan sebaik-baiknya. Akhlak Rasulullah wajar menjadi ikutan dan panduan.

4. Megat / Puteri

Kononnya dulu-dulu kisahnya Megat (untuk anak lelaki) and Puteri (untuk anak perempuan) adalah nama gelaran untuk anak-anak Sultan dengan gundik. Tapi ni dulu punye cerita. Tapi zaman sekarang kebiasaannya orang letak nama gelaran Megat and Puteri ni untuk perempuan keturunan Raja yang kahwin dengan orang kebanyakan. Ibu keturunan Raja dan ayah orang biasa so anak-anak diletak Megat and Puteri. Sumber lain mengatakan, gelaran Megat di Perak kebanyakkannya berasal daripada seorang Bendahara yang awal di Perak iaitu Bendahara Megat Terawis yg dikatakan berasal dari Negeri Pagaruyung, Sumatera Barat. Megat Terawis dikatakan berkahwin dengan Tun Bongsu Bangsawan iaitu puteri bongsu kepada Tun Saban Balik, seorang pembesar Hulu Perak ketika itu. Lelaki yg bergelar Megat apabila berkahwin dan mendapat anak lelaki maka anak lelaki tersebut akan memakai gelaran Megat manakala anak perempuan akan memakai gelaran Puteri. Bagi perempuan yang bergelar Puteri yg bersalasilah daripada keturunan Megat Terawis ini dan mengahwini lelaki golongan biasa, anak lelaki akan memakai gelaran Tun. Gelaran Megat juga diberikan kepada anak lelaki daripada ibu yang bergelar Raja/Tengku dan berbapakan lelaki golongan biasa. Tetapi gelaran ini tiada kena mengena dengan gelaran warisan daripada keturunan Megat Terawis.Di negeri semenanjung yang lain seperti Terengganu juga ada gelaran Megat tetapi gelaran Megat ini mungkin daripada keturunan yang lain daripada Megat Terawis di Perak.

5. Tun

Tun adalah gelaran yang diwarisi oleh pewaris perempuan keturunan Megat yang berkahwin dengan rakyat biasa. Tun dalam kes ni bukan pangkat yang diberi oleh Agong atau Sultan. Tun ni sama macam gelaran Sharifah, Wan, Syed etc.. macam mana dapat gelaran Tun ni - Bapa (tiada sebarang gelaran) + Emak (ada gelaran Wan) = Anak perempuan ada gelaran Tun di permulaan nama. Anak lelaki aku tak sure, huhuuu...

6. Meor / Mior / Mir

Gelaran yang sinonim dengan masyarakat Perak. Zuriat akan mendapat gelaran ini sekiranya ibu berketurunan Sharifah berkahwin dengan lelaki bukan keturunan Syed (lelaki biasa). Apabila seorang lelaki yg memakai gelaran Meor di Perak berkahwin dengan perempuan golongan orang biasa mendapat anak lelaki maka anak lelaki itu diletakkan gelaran Meor. Kalau dapat anak perempuan diletakkan gelaran Wan.

7. Tengku

Nama gelaran TENGKU digunakan di Selangor, Pahang, Terengganu, Kelantan. Di Pahang, Tengku adalah keturunan Sultan Mansur Shah. Keturunannya semua memakai gelaran Raja (sebab waris Kesultanan Melaka). Sampailah kepada dinasti Bendahara menjadi Sultan Pahang yang bermula dengan Tun Muhammad Tahir. Then, anak-anaknya semua mula memakai gelaran TUN, TUAN, ENGKU and gelaran tu lama kelamaan berubah jadi TENGKU. Kesultanan Terengganu sekarang pun asalnya dari keturunan Bendahara Johor. Sultan Johor pertama, Sultan Zainal Abidin I adalah anak kepada Tun Habib Abdul Majid. So keturunan dia bermula dengan nama TUN, TUAN, ENGKU dan TENGKU sehingga sekarang. Demikian juga Kelantan, Long Yusuf mengiktiraf dirinya Sultan Kelantan. Keturunannya mula menggunakan gelaran LONG, ENGKU kepada TENGKU. Senang cakap, kerabat jer pakai TENGKU !!

8. Tunku

3 negeri menggunakan gelaran Tunku iaitu Johor, Kedah, Negeri Sembilan. Untuk Johor, asalnya memang waris Kesultanan Melaka, tapi Sultan Mahmud Shah Mangkat Dijulang memang tak ada waris. So terputus warisan Kesultanan Melaka kat sini. Lepas tu Johor bermula dengan dinasti Bendahara iaitu Bendahara Abdul Jalil jadi Sultan. Keturunan dia bermula dengan gelaran TUN, TUAN, ENGKU then sampailah ke TENGKU dan kemudian TUNKU. Sedikit pelik macam mana nama gelaran ni boleh berubah-ubah. Kenapa bah kau berubah ?

9. Raja

Yang guna gelaran RAJA ni cuma dari Perak. Those yang ada gelaran RAJA ni di Perak ialah waris keturunan Kesultanan Melaka. Dari sudut sejarah, keturunan Kesultanan Perak adalah berasal dari Sang Sapurba yang merupakan keturunan Alexander the Great (Raja Iskandar Zulkarnain). So, gelaran RAJA tu kekal sampai sekarang. Ada juga Raja di Selangor tapi zaman dululah. Mereka gunakan gelaran RAJA sebab diberikan oleh Sultan Perak masa tu. Pembesar Selangor kebanyakannya adalah keturunan Bugis iaitu dari keturunan Daeng Celak. Sultan Perak tabalkan anak Daeng Celak iaitu Raja Lumu jadi Sultan. Sejak itu, keturunan Selangor guna gelaran RAJA kat depan nama. Tapi lepas tahun 1898, Sultan Alauddin Sulaiman bagi nama anak-anaknya TENGKU. Tapi ada anak dia pulak yang bagi nama kat anak-anak dia RAJA semula. Sekarang Sultan-Sultan Selangor semua ada gelaran TENGKU. Raja Gopal tak masuk list ye, huhuuu...

10. Ku
Gelaran yang sinoniom dengan masyarakat di sebelah utara, macam mana wujudnya 'Ku' tak diketahui. Mungkinkah susur galurnya juga dari kerabat diraja? Aku ada jiran yang sekeluarga bergelar 'Ku'

11. Awang / Dayang

Pada asalnya Awang dan Dayang digunakan pada keturunan Kesultanan Brunei (kurang pasti bila mula) tetapi kemudiannya diperkenalkan Awangku dan Dayangku menggantikan Awang dan Dayang, yang mana Awang dan Dayang kemudiannya menjadi panggilan biasa seperti Encik dan Cik bagi masyarakat Brunei. Kepada mereka yang asalnya bergelar Awang dan Dayang daripada keturunan Kesultanan Brunei, hanya mereka yang mengekalkan atau mengetahui salasilah keluarga sahaja yang tahu bahawa mereka sebenarnya berdarah diraja.

12. Abang

gelaran Abang ni sinonim kat Sarawak, asalnya daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncul golongan bangsawan Sarawak yang bergelar "Abang" dan gelaran "Abang" juga dikaitkan dengan golongan raja atau bangsawan yang berasal dari kerajaan sintang yang terletak di kalimantan barat. Golongan tersebut atau perabangan Sarawak telah memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu Bandar, Datu Bentara pada zaman pemerintahan Brooke di Sarawak

13. Teuku

Teuku ni tak salah aku nama gelaran dari keturunan Raja Acheh. Mungkinkah P. Ramlee keturunan Acheh lah kot? Sebab nama dia Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh, kan?

14. Tuan

Gelaran Tuan, sama seperti Wan dan Nik, mempunyai pertalian yang datang daripada keturunan diraja. Tuan amat ketara di negeri Terengganu dan Kelantan. Nama kawan aku tu - TUAN NOREHAN RAJA OTHMAN, aku tak paham dah cemana nak explain!!

Lain-lain pangkal nama :

Che, Raden, Pangeran, Daeng, Shariff & Sheikh (lebih kurang Syed), Engku & Ungku (lebih kurang Tengku kot), kalo tertinggal u ols update aku ye...

Sumber Rujukan :

http://petaijeruk.blogspot.com/2009/07/keturunan-wan-asal-dari-belanda.html
http://forum.putera.com/tanya/index.php/topic/85128-bincang-mengenai-gelaran-pangkal-nama-nama-keturunan/
http://sebiekelatte.multiply.com/journal/item/105/Pentingnya_mengetahui_salasilah_keluarga
http://www.tutor.com.my/stpm/kesantunan_berbahasa.htm
http://www.keriswarisan.com/live/public/forum/posts/id_184/title_kita-bincang-dan-fikirkan-mengenai-gelaran/page_2/
http://sangbayupermatanusantara.blogspot.com/2008/12/aku-memegang-gelaran-wan.html
http://www.carigold.com/portal/forums/printthread.php?t=55685&pp=10&page=8
http://www.dikirbarat.net/forum/sejarah/sejarah-awal-negeri-kelantan/45/
http://bincang.net/forum/showthread.php?105072-Asal-Usul-nama-yang-bermula-dgn-Wan
http://wapedia.mobi/id/Wan_(Ahlul_Bait)
http://ms.wikipedia.org/wiki/Wan
http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-147690-page-4.html
http://mforum2.cari.com.my/archiver/?tid-527211.html

7 ulasan:

THE LEKAT LEKIT STORY berkata...

sedara saya ada berkahwin dengan anak saudara kepada sultan kedah, tapi anak2 dorang mak dia xde lak bagi megat or puteri.. Lagipun dorang memang low profile. adakah dia tak menjaga keturunan dia?? takkan dia.. just dia tak suka nak menunjuk2 dari segi nama kecuali nama dia dah tak boleh buang Tengku tu..

flyz berkata...

wht about Abdul? he..he..kiddin!!! thnks pengetahuan berguna nihh

delarocha berkata...

kadang2 tu bukan untuk menunjuk tapi sekadar nak meneruskan legasi

khaifaiz berkata...

fuyyo.. dlm sibuk2 bekerja ada idea untuk entri ini.. thumbs up la.. Info yg menarik

Asrul "iLham" Sany berkata...

aku suke nama RAden...

;D

ADfeez berkata...

wah... gigihnya buat rujukan.. hehehe...

called me wan tengku adfeez megat syed nik wan abdul tun rahim awang meor...
ok x? :P

BellaRose berkata...

moyang pmpn saya keturunan raja, kawin orang biasa so nama anak2 dia which is tok-tok saya kena buh megat and wan. bila ayah saya kawin dengan orang biasa (ibu saya) nama saya dan adik2 kena bubuh megat and wan. orang selalu ingat saya orang kelantan sedangkan tak ada kena mengena pun. hihi. bila tanya ayah kenapa bubuh wan, ayah cakap sepatutnye puteri tapi tok taknak ktorang bongkak one day, jadi low profile maka jadi la wan. :)