SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

14 Februari 2011

MARI MAKAN BUAH !!!!



Sori u ols, dah petang baru nak update blog kan, keje petang laaa... Tak ape, kali nih saya nak cakap pasal buah dan sayuran. Nak poyo jadi doktor jap. Pernahkah u ols berfikir, terfikir dan memikir yang buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai persamaan bentuk dengan organ badan manusia. Mari kita lihat...

1. Karot
Cube keratkan karot dan lihat, tak ke u ols perasan keratan karot tu macam mata manusia? Dan karot sememangnya diakui baik untuk mata, sains telah menunjukkan karot dapat meningkatkan perjalanan darah dan fungsi mata.


2. Tomato
Buat tomato nih jatuh dalam kategori sayur. Tomato kebiasannya mempunyai empat rongga dan penyelidikan menunjukkan tomato amat baik untuk jantung manusia selain untuk darah.


3. Anggur
Cuba bayangkan setangkai buah anggur? Ada bentuk jantung kan? Setiap biji anggur diibaratkan sel darah dan sekali lagi sains membuktikan anggur amat baik untuk jantung selain untuk darah.


4. Walnut
Ada bentuk otak kan? Senang cakap walnut membantu membina lebih 3 dozen rangkaian saraf untuk fungsi otak!!


5. Kidney Beans (tak tau plak nama Melayunye)
Kacang nih bagus untuk buah pinggang, perhatikan saja bentuknya, sama macam buah pinggang kan?


6. Ubi Kentang
Ada bentuk pankreas kan? So, makanlah untuk kesihatan pankreas anda !


7. Buah Zaitun
Diakui baik untuk kesihatan ovari wanita.


8. Oren dan buah-buahan citrus
Baik untuk bahagian organ wanita ye, terutama sekali buah dada, oopsss


9. Bawang Merah
Belahan bawang merah jika diperhatikan mempunyai bentuk sel badan. Kajian sains menunjukkan bawang merah membantu membuang bahan toksid daripada badan. Malah ketika memotong bawang, secara automatik airmata akan keluar yang membantu membersihkan mata !


10. Celery
Jenis sayuran yang baik untuk tulang kerana ia mengandungi peratusan sodium yang tinggi. (sebab tu Wonderpets suke makan, heheee)


11. Avokado dan Buah Pear
Sangat baik untuk kesihatan organ wanita. Pokok avokado mengambil masa 9 bulan untuk berbuah, tidakkah ia sama dengan tempoh kehamilan?

12. Buah Fig
Buah yang baik untuk kesihatan reproduktif lelaki kerana ia mampu meningkatkan jumlah penghasilan sperma dan meningkatkan kadar kesuburan lelaki. Buahnya kelihatan seperti buah zakar lelaki, kan ! heheeeee...

Sekian saja kelas kesihatan kita untuk hari ini... Doctor Azat nak kene buat keje dulu, daaaaaaa

16 ulasan:

Anisa Hang Tuah berkata...

nis suke oren & anggur
sedap2

THE LEKAT LEKIT STORY berkata...

buah yg last tu nakal skit... kekekeke

nazrul ashraff berkata...

wah doktor aizat amik medic dulu..haha..mcm buah zakar ke?? part tergantung tu je la sama..haha

khaifaiz berkata...

Dr. Azad.. mana nak cri buah yang last tu...

NAZRUL AZAT berkata...

anis - yeah, mmg baik utk wanita seperti anda
:-)

NAZRUL AZAT berkata...

puan suria - heheee, kebetulan, ade lagi buah yg serupa dgn private part lelaki, malu nak sebut, huhuuu

NAZRUL AZAT berkata...

nazrul - a'aa, ambek PBSM, heheeeee

NAZRUL AZAT berkata...

khai - entah la aku pun x tau, aku pun mencari2 heheeeee

ADfeez berkata...

doctor azat... buah figs satu!!! :P

NAZRUL AZAT berkata...

adfeez - heh, bdk2 xble mkn lg buah tu, heheeee

zati embong berkata...

kagumnya..kalau buah durian lak?O.o

NAZRUL AZAT berkata...

zati - buah durian ek... errr part buah durian xsempat study lagi, heheeee

Asrul "iLham" Sany berkata...

suka makan karot, sb tu dalam kelas aku seorang je takpakai cermin mata

(kelas aku kelas nerd...muahahahhaa)

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ berkata...

nak suh incek T makan buah fig byk2

hahahhah

NAZRUL AZAT berkata...

asrul - skng fesyen nerd laaaa

NAZRUL AZAT berkata...

yanie - wow you... hebat !!