SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

26 April 2011

ENTRY CURI......

aku bukan dilahirkan untuk bermadah...
namun aku punya kebebasan untuk meluahan isi hatiku...

aku seorang manusia yang sering melakukan kesilapan...
sedar ataupun tidak,itulah hakikatnya...
aku tidak pandai menjaga hati dan perasan orang lain...
aku hanya mementingkan diri sendiri, sedangkan orang lain mengambil berat tentang diriku...
aku sering leka dan alpha dengan dunia ciptaan aku sendiri..
tanpa memikirkan orang lain, aku melukakan hati mereka...

mengapa ini terjadi?
semuanya kerana aku...
mungkin aku tidak tahu erti syukur atas segala yang telah diberikan olehNya kepada aku...
aku buta untuk menilai semua kebaikan yang telah diberikan...
aku tidak layak untuk sesiapa...
mungkin dahulu aku tidak mengerti apa itu kehidupan, apa itu persahabatan, apa itu persekitaran, apa itu kawan, apa itu lawan...

hari demi hari, sikit demi sedikit aku mencari rentak hidupku...
aku masih terhuyung hayang dengan dunia ciptaan ku...
hanya aku saja yang tahu, kemana arah tujuan ku...
oh tuhanku, bimbinglah aku...

kesilapan demi kesilapan terus aku lakukan...
bertambah janji terus yang aku taburkan...
namun semuanya hanya omongan semata...
terkapai-kapai aku mengejar untuk mengotakan segalanya-galanya...
tetapi ianya hanya mimpi yang tak kunjung tiba...

aku terus bersalah dengan segalanya...
tiada apa yang dapat aku lakukan untuk memperbaiki hidup diriku ini...
aku hanya memohon dan berharap agar masih ada ruang untuk aku kembali...
bantulah aku, sokonglah aku...
terimalah aku seadanya...
kerana aku hanya insan yang hina...
lemah tidak bermaya...
aku tidak mampu memuaskan hati semua orang yang aku sayangi...
kerana aku hanya satu...
selamilah kata jiwaku ini, sementara nafasku masih terasa...
fahamilah aku...



Tiada ulasan: