SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

22 April 2011

LELAKI DAN TANGISAN









Lelaki tak boleh menangis? Nyatakan 10 sebab mengapa lelaki tak boleh menangis? Secara lumrah, kita menangis sebagai tanda menzahirkan perasaan apabila terlalu sedih atau terlalu gembira, terharu, kecewa dan sebagainya. Ketika kecil, pesanan orang tua “lelaki tak boleh menangis, malu dilihat orang” seakan terpahat dan mempengaruhi minda lelaki untuk tidak mengalirkan air mata malah rela menangis di dalam hati.

Apabila lelaki menangis, mereka akan dianggap sebagai tak macho dan lembik. Walau sesedih manapun lelaki, mereka akan cuba mengawal diri daripada menangis. Masyarakat menganggap lelaki sebagai ego dan keras hati, benarkah? Cuba fikirkan, bukankah tanggapan masyarakat sendiri membuatkan lelaki terhindar untuk menangis?

Tangisan lelaki dilihat lebih positif kerana menggambarkan kejujuran sedangkan tangisan perempuan pula seakan hilang kawalan. Mengapa tangisan lelaki dikatakan jujur? Kerana lelaki sejati hanya menangis dalam situasi yang benar-benar menyentuh perasaan mereka. Berikut contoh situasi yang mempengaruhi lelaki untuk menangis


1. Gembira dengan kelahiran cahayamata pertama
2. Terkenang dosa lampau
3. Kehilangan orang yang tersayang
4. Rasa kehambaan kepada Allah swt
5. Memenangi kejuaraan pertama dan terakhir
6. Kecewa dalam percintaan
7. Kematian haiwan kesayangan
8. Kehilangan barangan yang amat disayangi
9. Kekasih didapati curang
10. Berasa dipergunakan

Pengalaman aku, malam tadi aku menangis kerana mengecewakan seorang kawan. Kepada sahabatku itu, aku memohon jutaan kemaafan...
















6 ulasan:

khaifaiz berkata...

air mata itu sungguh berharga.. Beruntung kwn ang kerna dpt tangisan dari ko kn.. hehehe

Zaara Sophea Hayat berkata...

betul,,LIKE~~~ ^^

delarocha berkata...

lelaki pun manusia jugak...

menangis la

zati embong berkata...

jat pernah buat laki menangis,sebab perangai jat yg terlampau degil n x dgr kata.huhu.

azat,x salah pun menangis.

Azuan berkata...

bila la last time aku nangis3 nie????
hahaaa...

Awie Omar berkata...

Lelaki adalah manusia