SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

21 April 2011

SEBUAH PERMINTAAN

Jelaslah, aku yang bersalah
aku amat mendambakan keampunan
ternyata amarah yang membuak itu buat aku tersasar...

Aku mahu terus memohon ampun
andai ada ruang kemaafan di hati kau
aku merayu
sebuah kemaafan
kasihani aku
manusia yang sudah di hujung usia
manusia yang sangat sepi
manusia yang teramat hina

Aku sedar aku bukan manusia yang baik
cemburu, curiga, buruk sangka
itulah kelemahan aku wahai kawan

Sekali lagi aku merayu
kau maafkanlah aku

Tuhan...
tidurkan aku dengan lena malam ini
aku rela tidur selama-lamanya
daripada menyakiti hati seorang teman
bernama sahabat
yang aku sanjung dan aku sayang

Selamat malam...



















aidil

4 ulasan:

Anisa Hang Tuah berkata...

abang..bersabar ya
:)

NAZRUL AZAT berkata...

anisa anisa - terima kasih dik, sy xdpt nk maafkn diri sendiri...

zati embong berkata...

azat,kalau camtu,minta maaf lah dgn dia...

My Little Diary berkata...

lena tak tido malam tadi...
semoga semuanya ok hari ini.