SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

24 April 2011

SISI KEBURUKAN AKU

U ols belum betul-betul kenal aku kan?? Aku nih tak baik pun, so, u ols perlu tau sisi kelemahan dan keburukan aku. Bukan bertujuan membuka pekung di dada, aku hanya manusia biasa, tak sempurna dan aku selalu belajar daripada kesilapan. Entry ini tidak dibuat untuk membalas balik entry mana - mana pihak. Here goes my negative sides :


1. Aku kuat cemburu... SERIOUS !!!
2. Aku selalu mengongkong orang yang aku sayang... sebab tu dorang lari huhuu
3. Aku rajin bermusim... tengok saja blog, ikut suka hati jer nak update, terjah blog korang pun jarang
4. Aku sangat mudah simpati dengan orang... part ni le aku paling lemah
5. Aku suka drive laju - laju... sesiapa yang dah naik kereta dengan aku tau laa
6. Aku sangat boros... aku akan beli apa saja yang aku nak tanpa fikir banyak kali
7. Aku suka memaksa dan memujuk rayu... part ni lah ramai orang bosan dengan aku
8. Aku suka memendam perasaan... membuatkan BP aku melambung tinggi, esok lusa matilah ni
9. Aku tak suka menunggu... bikin panas jer orang yang melengah-lengah nih
10. Aku nih macam lalang... tak tetap pendirian
11. Aku sangat cerewet... memang fussy nak mampos !!!
12. Aku sangat lurus... payah sikit nak suruh aku kelentong
13. Aku kurang bercakap... agak berat mulut
14. Aku bukan seorang yang penyabar... baran jugak laa
15. Aku malu tak bertempat... selalu sesat jalan
16. Aku menyalahgunakan blog ini untuk lepas geram... ade jer entry tak puas hati aku kan
17. Aku berjalan dengan cepat dan pantang berjalan belakang orang yang berlenggang !!!
18. Aku tak suka orang merokok depan aku... rimas
19. Aku sorang perahsia... jangan harap la nak korek apa-apa ye
20. Aku kuat makan !!!... hehee


Ada aku kisah?? Confirm punye lah ada yang cakap macam tu. Itu semua kelemahan aku dan aku bukan nak syok sendiri, aku cuma nak jelaskan yang aku tak sempurna dan perlukan teguran u ols. Moral of the story, berhati - hatilah berkawan dengan aku yang mungkin menyakitkan hati. Sekian terima kasih.

2 ulasan:

mai berkata...

huhuhu... lepas ni senaraikan sisi kebaikan pulak.. then buat ratio.. bagus tuk perbaiki diri oo

zati embong berkata...

hihi.manusia x sempurna azat.asalkan dia menerima kita seadanya da cukup.