SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

07 April 2011

TELUR PALSU, AWAS !!!

Rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang. Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar. Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di Georgetown semalam. Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan. "Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya. Mohamed Idris berkata, kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan. Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.




9 ulasan:

Asrul "iLham" Sany berkata...

sedangkan skrang pun dah boleh klonkan orang...

apatah lagi telur...

kalau dapat klonkan Jack Black or Seth Rogen best gak ni... leh gelak hari2

;D

khaifaiz berkata...

mak aihhh.. telur tiruan dah kt malaysia ker.. kene berjaga2 ni

am-rie berkata...

China nie semua dia nak klonkan..makanan pun diklonkan jugak..dasyatt!!bahaya..

Awie Omar berkata...

Assalamualaikum Nazrul

Sudi tak jadi peserta "Next Top Blogger 1" segmen baru yang aku buat?

Nak tahu lebih pasal ni tengok sini
http://notaekstravaganza.blogspot.com/2011/04/next-top-blogger-pengenalan.html

Balas saja mesej ini dengan segera di entri kamu ni atau di blog aku. kalau tiada jawapan dalam masa 2 hari aku anggap kamu menolaknya. Ok. Thanks coz be my follower :)

zati embong berkata...

macamna boleh jd telur tiruan eh?€

huhu,bhaya betul!

Razni Anuar Razali berkata...

telur pn nk buat yg tiruan...

alahaaiii.. macam2..
interesting info..

ADfeez berkata...

cmne nk tau telor sndri pelesu atau palsu? hahahaha :P

Mr Strider berkata...

ade gak dengar citer pasal telor nie tapi xpenah tau plah cammana nak check..thanks 4 sharing the info..hehehe

Regards,
-Strider-

W. Hidney berkata...

err...