SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

18 April 2011

THANKS... KBC 7481



Sebelum aku nak pegi lunch sebab tak dan nak breakfast pon, aku just nak cakap satu bende...


Pagi tadi, macam biasa aku datang keje dengan motor, dalam hati ade taman sebab tak payah nak hadap jam bagai. Tetiba jer... aku menangis...


Sebenarnye aku sedih, memikirkan betapa banyaknye jasa motor Kriss aku tu. Dari tahun 2002 aku pakai motor tu, yang dibeli dengan half duit PTPTN half lagi arwah ayah hadiahkan. Dengan motor tu lah aku pegi balik kelas, keluar lepak dengan Bob BFF aku, pegi buat assignment, pegi lepak kat tasik Shah Alam feeling2. Pernah motor aku nak kene curi gara2 aku tinggal kunci, sejak tu aku serik nak parking motor dekat PTAR UiTM. Gadis mane la tak bonceng motor aku tu, boleh kate separuh daripada gadis dalam kelas aku tu aku boncengkan, betapa jantannye aku heheee...


Dan sekarang, motor aku tu makin uzur. 3 tahun lepas aku accident dengan motor tu le, patah gigi, calar sana sini, terkehel bahu. Malam tu motor aku tersadai tepi jalan. Seminggu kemudian baru aku bawak pegi repair. Tak tau sampai bile motor tu akan terus berkhidmat untuk aku...


Balik karang, aku nak singgah car wash, nak cuci dia, huhuu...


TERIMA KASIH KBC 7481 !!!!

1 ulasan:

zati embong berkata...

hihi.bagusnya azat.motor 2 tahu azat syg dia.hihi