SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

27 Mei 2011

NI NAK HABAQ MAI !!!





Bosan takdak qeja apa, ni awat tak tau dan-dan aku menaip dalam bahasa Kedah, sat lagi hangpa tak paham plak, tak ka haru biru huhuuu...

Tadi kat masjid entah otak aku dok ligat pikiaq pasai Kedah, terebang pi mana pahala aku, baru ja balik kot tak sampai sebulan, dah rindu dah nak balik pulak. Walaupun aku tak beranak dekat Kedah, tapi Kedah tetap kampung aku, lidah pon tak tergeliat cakap Kedah, pi manapun tak boleh lupa la, nak-nak jumpa puak-puak Kedah, gebang tak ingat la. Ni pun aku guna bahasa Kedah yang besa-besa, kalau pi belah-belah kampung dengaq depa gebang aku sendiri pon tak paham, lagi pekat, adehh...

Ikutkan sejarah, Kedah nih banyak terima pengaruh Siam, tu yang belain sikit. Kalau cakap pasai nama orang, memang boleh buat gelak la. Contohnya Ismail, jadi Me'e, Kadir jadi Kadiaq, Jaafar jadi Jaapaq, boleh kata huruf belakang R bertukaq jadi Q dan IH. contohnya tukar jadi tukaq, rebus jadi rebuih. Nama Din dan Mat memang besa la kat Kedah, pi la mana-manapun ada, kalau kat kampung memang besa la kalau ada pelengkap nama, contohnya kan Din ramai, depa bubuh nama tambahan untuk bezakan dengan orang lain, Din Ikan ka, Din ayam ka, Din dang ka hehee... kebanyakan nama akan berkaitan dengan pekerjaan dan kegemaran seseorang, kalau nama perempuan tu, Pah, Ani (nama mak aku), Som, antara nama-nama yang besa di Kedah.

Kalau perkataan plak, besanya kalau ada huruf G kat belakang, memang tak berbunyi pun G tu, contohnya kencing jadi kencin, kambing jadi kambing, sebab apa tak tau, G lari pi Terengganu kot, jangan marah no orang Terengganu heheee... perkataan yang besa hangpa dengaq macam awat, pasai apa, tu ka, antara yang besa la, kalau kat tv tu loghat utara memang tak sesuai digunakan dalam drama yang serius kecuali untuk rancangan komedi, hat tu sempoi...

Kalau nama makanan tu takdak plak yang pelik, besa ja, kalau setakat roti kirai, kuih karaih, peneram (setengah tempat panggil telinga keling), kuih bakaq, cucoq badak, bengkang, boleh kata semua tempat ada cuma nama ja lain. Kalau buah plak, jangguih, moktan (rambutan), manggih, pelam (mangga), keduak, dan banyak lagi. Bila sebut nama tempat la memang pelik, contohnya nama kampung aku Gurun, tak pasai-pasai boleh dapat nama Gurun padahal tak panaih macam padang pasiaq pon, contoh lain macam Kodiang, Langgaq, Mambang Di Awan, Mahang, Serendah Sekebun Bunga, Siong, Baling, Naga Lilit, Ekoq Kucing, banyak la, pulau-pulau kat Langkawi pun banyak yang pelik, contohnya Pulau Kentut Besaq dan Kecik, muahahaaa... Sedaka pun ada hangpa nak tau, penyanyi Neil sedaka asai pada sana la heheee, nama orang nama menatang banyak jadi nama tempat, aku sendiri pun tak banyak tau lagi, negeri Kedah kan besaq, tak habeh pusing lagi heheeeee...

Orang Kedah memang sempoi, boleh buat kawan la habaq mai. Cakap ja kasaq, macam nak ajak gadoh tapi sebenaqnya lemah lembut. Sapa-sapa belum sampai Kedah tu bawak-bawak la pi sana no... dan belajaq-belajaq la cakap Kedah, sempoiii...

AKU BANGGA JADI ORANG KEDAH !!!




3 ulasan:

SURIA AMANDA berkata...

aku pun!!!eh eh...lupa lak..aku org negeri....hahahaha

Black_roses92 berkata...

part kuih tu dah lain da.. haha.. b4 tak tau, roti kirai tu pa, rupanya, roti jala.. hehe

~SYAZ~ berkata...

wah!!!
seriously dpd bhasa tganu syaz lagi suka dengo loghat org utara ni.. :D