SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

08 Jun 2011

AKU TAK PERNAH BERHENTI BERHARAP...








Sorry guys, penulisan aku kali ini sedikit melancholic...

Semalam, hampir lewat malam... aku keluar lepak dekat Hakim Seksyen 7 Shah Alam, 6 bulan aku tak turun situ. Aku ke sana kerana nak ketemu Encek Ezam, selama 6 bulan jugak la tak jumpa dia. Sahabat gossip tingkap, huhuuu...

Actually Ezam nih member blogger paling awal aku kenal, tak sangka rumah kitaorang sebelum ni sangat dekat, selang beberapa blok tapi tak dapat jumpe pasal masing-masing tak free. Our first meeting was at Naina dekat dengan rumah aku pada malam tahun baru 2010. Owh... ini rupanye Encek Ezam... heheeee

He's a nice guy, enjoy talking to him. Bagus jugak la kewujudan blog nih, menemukan aku dengan seseorang yang best dibuat kawan. Malam tadi kami sama-sama berkongsi kisah suka duka, nasib kitaorang seakan sama... hanya Tuhan yang tahu betapa kami menderita kerana orang yang kami sayang...

Dan malam yang sama jugak, sempat aku mengimbau kenangan lama, mengingati kembali saat-saat mengenali seorang rakan blogger sehingga kami menjadi sangat rapat. Tak sengaja, aku menjengah ke tempat yang kitaorang selalu bersama, sangat-sangat rindu saat itu. Tapi sekarang, semuanya sangat berbeza, entahlah... Pada aku, dialah saudara... dialah kawan terbaik. Siapa pula aku pada dia... aku tak tahu. Apapun, aku akan selalu doakan dia sukses... Aku tetap support kamu !

Keje dah siap, 7am aku dah masuk opis hendak settle kan semuanya gara-gara mau lunch dengan Ash tengahari nih, tapi Ash tak dapat datang Seri Pentas, katanya tak sihat. Ada rasa kekecewaan, aku rindukan perempuan itu, perempuan yang aku mahu sehidup dan semati bersama-sama...

Memetik kata-kata Aidil... kadang-kadang kita terlalu memberi harapan pada sesuatu tetapi kita lupa yang sebenarnya kita membuang harapan dari orang lain...

Aku nak berpesan pada korang, jangan sesekali mempermainkan harapan dan perasaan orang lain... amat buruk padahnya, kerana aku sudah melaluinya...














9 ulasan:

My Little Diary berkata...

iye la... jgn sesekali menghancurkan harapan org lain...

..miss hana.. berkata...

betul tu,jangan sesekali mempermainkan harapan dan perasaan orang lain....do what u like others do to u and don't do what u don't like others do 2 u =)

zati embong berkata...

betul,jat pernah bg harapan.skadar suka2.entahlah,mungkin masa 2 jat x tahu erti serius dan perasaan sendiri.

achik ezam berkata...

dulu aku sendiri...kini masih sendiri
hadapi hidup ini....

layan saja :)

nyonyacyber berkata...

berharap pd yg sudi.. berharap pada yang mengharap.. :)

Asrul "iLham" Sany berkata...

bagus le tu...

walaupun tak faham napa nak sedih2?

;D

lilypelangi berkata...

sabar lah ye , mungkin dia bukan jodoh yang baek tuk awk (:

SURIA AMANDA berkata...

syahdu,......

KuNanGKuNanG berkata...

btl2..jgn sesekali mempermainkan perasaan org..sy jg pernah merasainye..tp yg dah lepas biarla jd kenangan..lalui hari mndtg dengan menjadikan kenangan yg lalu sbg pedoman..:)

*suka gak lepak sek 7.mcm2 ada..