SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

17 Jun 2011

MARI BERANGAN








Semalam kononnye balik ajer daripada keje, nak pegi jogging seperti selalu, tapi disebabkan aku tak sempat tengok final Nora Elena di opis so aku nak tengok sebelah petang kat tv. Secara keseluruhan episod akhir Nora Elena macam episod kelam kabut, bagai nak habis dan-dan tu jugak, namapun finale kan. Masa bapak si Nora tanye adakah Nora setuju nak bagi Seth kawen dengan Yvonne semata-mata nak selamatkan baby dorang, part tu aku gelak guling-guling, ada ke patut dialog bapak dia macam tu. Hadoi laaa.... tapi watak Seth memang sangat charming. Baru tadi selisih dengan dia on the way nak ke cafe, cool la mamat tu, heheee...

Actually aku bukan nak cakap pasal Nora Elena pun, misi aku awal pagi nih nak beli nasi lemak paling sedap kat area Kota Damansara, asal aku lalu ajer kat banyak gerai sure ada orang berkerumun, malas plak nak singgah terus aku rempit pegi opis beli bekalan kat cafe ajer then hadap sambil buat keje. Rindu plak kat nasi lemak air tangan mak aku, kalau u ols rasa... confirm tambah. Sebab tu la aku debab, mak masak apepun dengan penuh kasih sayang, huhuu...

Setakat 1003am, keje aku hari nih dah 80% siap, cume nak update planner, hantar tapes ke CVTR dan email report. Kalau boleh balik bile keje dah siap kan bagus, boleh jugak pegi cuci mata. Hari ini juga adalah hari terakhir selepas selama 3 bulan aku ditugaskan untuk task ingest TV3. Perasaan aku? Nak kata lega tu tidak la, sebab aku dah biasa dengan tugas nih, dah suka pun walaupun selalu stress. Next week balik buat keje asal di archive unit, dah kene keje syif balik. Sepanjang aku buat ingest, macam - macam aku lalui, kene bebel dek Vijayaletchumi si program editor, puncanya aku selalu missed masukkan program yang lebih urgent untuk dia edit, and then menunggu amendment daripada Dima, selalunye dekat-dekat nak balik baru dia email, dan-dan tu kene amend list balik, penat dowh!. lepas tu kejar - mengejar broadcast engineer mintak dorang monitor program yang kene move dari server ke server. Selama aku di archive unit aku tak banyak connection dengan orang dari department lain kecuali dengan New Media dan Engineering, tapi bila buat ingest, most entirely orang di MPB nih aku keep contacting. Ape yang aku tak suka, nama ajer buat ingest, tapi nak menengoknya sendiri sebelum ditayang di tv haram tak sempat. Asal balik rumah, padammm!!!

Sudah-sudah la pasal ingest, today is my last day, MERDEKA !!!! Sure Vijayaletchumi akan merindui aku, oppssss....

Esok nak pegi Puncak Alam, tengok rumah yang bakal aku beli, insyaAllah. Apapun nak tengok condition rumah tu dulu, kalau ok.. kalau boleh diskaun lagi, insyaAllah lepas raya aku dah boleh masuk rumah baru, YEEAYYYY!!!!... Jarak antara Bandar Utama dan Puncak Alam ... telan air liur jugak la, tapi disebabkan aku nak futher study dan kelasnya di UiTM Puncak Perdana, stay di Puncak Alam adalah yang terbaik bagi aku. Kalau fikirkan short term, ditambah dengan faktor berjauhan dengan kawan-kawan dan kesayangan, sure tak jadi, tapi memikirkan long term, aku kene buat pelaburan dan tindakan berani untuk masa depan. Lately aku banyak berangan pasal rumah tu, rumah dua tingkat, end lot. Bilik utama tingkat atas ada balkoni, bole la aku letak binocular dan teropong bulan, huhuuu... Berangan nak hias rumah letup-letup, tanam pokok bunga bagai, berangan gosip dengan jiran sebelah... Uuuuuuuu bestnyeee.......

Erkk... panjang pulak entry hari nih...berangan plak tu... MOTIPPPP????


3 ulasan:

ZWAN SABRI berkata...

btol tu btol.. episod last nora elena macam kelam kabut.. aiseyh dia da nak ada rumah baru laa.. Tahniah! ;)

MySuaraBlog: Super 8 : Awesome!

Qamaruls berkata...

apsal end lot. amik corner lot laa. leh wat swimg pool ha3. pastu teropong la bawah.

puteri ain berkata...

merdeka ! yeahh .. hehe.. selamat masuk ke rumah baru :)