SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

13 Jun 2011

MEMORI 13 JUN



13 Jun 2000... tarikh yang tak mungkin aku lupakan selama-lamanya... Itu la hari pertama aku sebagai mahasiswa UiTM.

Malam pertama ajer dah kene dera senior, bayangkan... kitaorang kene berlari anak dari Kolej Perindu ke Dewan Sukan, and then berkawad pegi Pusat Islam, pakai formal plak, aku yang jenis kuat berpeluh memang habis lencun la. Hadoiii... Dah la aku baru aje baik operation dekat kaki, WTF !!!

Malam pertama aku ditempatkan di bilik untuk dua orang dekat Perindu 4, berdua la aku dengan Raja Azmi. Dia dah tau 1 bende, dan seminggu kemudian baru aku plak tau, bilik air yang aku selalu guna tengah-tengah malam dengan tak ade lampu sepanjang seminggu MWS adalah bilik air berpuaka!! Sial !! Seminggu aku tak bercakap dengan dia, aku naik hantu !!!

Minggu kedua baru la pindah masuk bilik yang share 8 orang... entah mana la pegi dorang semua sekarang. Azril, Shahril, Arif, Raja Azmi, lagi 3 orang aku dah tak ingat nama. Aku lagi geng dengan budak-budak bilik sebelah... Salleh dan Aidie, dah lost contact pon. Aku sorang aje pon budak IS dalam Perindu 4, budak IS yang lain semua dekat blok Perindu 3 dan 4. Aku plak jenis lone ranger, main join ajer orang walaupun tak kene layan, huhuuu...

Dah 11 tahun pun berlalu... sebenarnya tadi dapat email, ada panggilan temuduga untuk program Master Information Management di UiTM Puncak Perdana Isnin depan. Tak sangka kan, 13 Jun adalah tarikh yang sangat bermakna, boleh buat tarikh kahwin ni, yeeayyyy...

UiTM Di Hatiku...
aku tak sabar nak jadi student semula...




2 ulasan:

Asrul "iLham" Sany berkata...

Congrat dude...

tak sabar nak jadi student alek, rindu zaman blaja, cute guys everywhere

;D

ADfeez berkata...

master information mgt.... means further ur study on master level? ;)