SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

27 Julai 2011

HARAMKAN TERUS FACEBOOK !!


Aku nak cadangkan kepada pihak pengurusan MEDIA PRIMA BERHAD untuk mengharamkan terus akses FACEBOOK di Sri Pentas!!

Aku sendiri dah deactivate FB aku, makin meluat baca status budak opis yang saling menghentam satu sama lain, tak puas hati sikit post kat FB, rasa tak adil dan ditindas, post la status kat FB mintak simpati kawan-kawan, dah tu ramai plak kesian, terus like dan komen tanpa tau sebab ataupun kenapa hal tu berlaku kat mangsa, terus jadi isu sampai si kaki kipas tolong repot kat bos. Bila bos dah tau, ape lagi... buat meeting, appoint seseorang untuk jadi spy, jadi perisik, tolong pasang telinga kot-kot ade umpatan pasal sesiapa saja yang kamceng dengan bos. Isu lain plak dah, tadi isu budak opis sama budak opis yang lain tengak konfrantasi. Bila semua ni berlaku, kawan jadi lawan, saling masam muka, cakap belakang berleluasa. Bila berdepan masing-masing mula berlakon segigih boleh, siap comolot u ols... konon boleh menang award gitu. Haishhh.... Kenapa manusia kat opis aku nih sangat plastik ???

Aku cuma duduk diam, tak kepoci... tak propa dan buat keje sampai lupa makan minum, pon terheret sama jadi mangsa!!! Apa cerita beb??


9 ulasan:

Anisa Hang Tuah berkata...

ok ok ok..harap anda bersabar..

cucu umie berkata...

wah..sampai mcm gitu sekali ker..ayie serius jrng masuk fb skrng..

aku punya suka berkata...

memang plastik p0n!
belakang2 mengumpat..depan2 bukan main tunjuk muke manis! c0kelat and gule2 p0n kalah! piiidaaahhh!

SURIA AMANDA berkata...

tumpang lalu...sabar2....jgn menyirap..jom minum sirap..

saiazuan berkata...

fb jd medan perang lak skrng ek? mcm2 la diorng ni

ADfeez berkata...

sbb tu la... kekadang fb nie leh jadi sbb utama pnca pergaduhan..

* oh putlah frens da berkurang..

khaifaiz berkata...

tak ada facebook pun benda mcm ni tetap terjadi

W. Hidney berkata...

sabar bro. jangan disebabkan nyamuk sekor, kelambu nak dibakar. the best way nak settlekan masalah ni ialah dengan buat dono jer. org tu akan tambah sakit hati bila u tak layan

zati embong berkata...

smpai tahap mcm 2 skali?huhu.jat kalau mnyampah,jat remove je dr fren.huhu