SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

21 September 2011

BAJU RAYAKU TERBAKAR !!!



UHUK UHUK !!!!

Berhabuk kot blog aku nih, lama tak update. Sebenarnya MALAS !!! Kalau setakat nak update untuk cari publisiti tu memang tak la...

Aku nak mulakan dengan kisah aku beraya di kampung halamanku di Taman Gurun Jaya, Gurun Kedah Darul Aman. Aku bertolak dari Kota Damansara pagi 25 ogos 2011, lepas puas menyumbat segala mak nenek barang - barang dalam kereta, terus aku memecut menghala ke highway, nak aje melambai-lambai ala Miss World kat akak sebelah rumah yang tak balik raya, ahaks !

Aku sampai di rumah 1230pm lebih kurang, patutnya 12pm dah sampai, lambat disebabkan ada construction di Pekan Gurun. Sampai rumah terus muah muah dengan mak, rest kejap, bla bla bla ngumpat - ngumpat dengan mak kat dapur, sampai la waktu berbuka puasa, alhamdulilah... Lama tak buka puasa dengan family sendiri, huhuuu...




Malam tu aku tido awal, serius penat kaki tekan minyak, tetibe budak sorang tu SMS, bagitau nak pegi Singapore... kelas kau !

Menjelang hari raya, aku sibuk mengemas, macam biasa la asal tiap kali nak raya aku akan amek kontrak kemas rumah letup - letup kau. Makan hati jiran sebelah. Disebabkan aku nih memang alah gila - gila punya dengan habuk dan bulu kucing, start daripada hari Jumaat sebelum raya tu aku flu dan batuk seteruk - teruknya, terus buat aku lelah. Nasiblah...

Petang hari raya, baru la meriah rumah mak aku, adik - adik datang dengan family masing- masing. Anak buah yang tiga orang tuh kalau dah ada memang kecoh la wa cakap lu, itu baru 3 orang, kalau 18 orang mati laaa...

Petang raya tuh aku gigih keluar ke pekan dengan Ijai, pegi cari bunga hidup dan ais sebantal, time tuh aku dah rasa - rasa nak demam dah, mana tak rasa demam, dengan flu, dengan hujan tak berhenti sejak aku balik. Masa pun berlalu, tunggu pengumuman hari raya, memang confirm pun raya 30 Ogos, yeayyyy....

Di pagi raya, memang malang menimpa, agaknya dah ditakdirkan... BAJU RAYA AKU TERBAKAR !!!! Silap aku jugak, sebelum aku hidupkan iron tu aku tak tengok kat mana adjuster tu duduk, rupa - rupanya dekat yang paling panas. PANAS LA AKU !!! Terus pegi nangis kat mak, huwaaaa.... Nasib baik kat poket kot, nak tak nak pakai la jugak, dah itu jer baju yang aku bawak balik. Nasib baik jugak itu baju raya tahun sudah. Mau tak mau terpaksa la pakai sampin, sebijik macam pengantin, la la la la...






Lepas beraya dengan mak dan adik beradik, lepas pos tak hengat dengan dorang semua, kami gerak ke perkuburan. Lama aku tak pegi kubur ayah. Tak boleh lama sangat pun, orang lain plak nak amek turn sebab kubur rapat - rapat satu sama lain. Lepas baca surah yasin dan tabur bunga, kami balik. Di rumah budak - budak dah menyerbu kutip duit raya. Aku dah siapkan untuk sedekah, itupun tak habis, budak - budak area situ anak lord, heheee...

Disebabkan tak sihat, aku lebih banyak memerap dalam bilik, nak makan pun tak nafsu, orang datang pun aku buat tak tau, orang bagi salam aku just jawab dalam hati, sedikit rajin online jengah sape - sape di FB, then zzzzzzzzzzzzzzz...

Kesimpulannye, raya kali nih memang TAK BEST !!!

Aku nak ucapkan TERIMA KASIH tak terhingga untuk ZATI EMBONG, KHAIFAIZ, SURIA AMANDA, ZWAN SABRI dan sesiapa saje yang rajin jengah blog aku, thanks sangat-sangat u ols dengan support yang diberikan, yeeayyy...

6 ulasan:

achik ezam berkata...

eeee jgnla cakap dgn org kita gi sngapore..hahaha

yup raya taon ni sux!!!!

khaifaiz berkata...

nada penulisan mcm ada sesuatu yg ko sedang fikirkan... harap apa yg ko fikirkan cepat2 kembali jernih...

selamat hari raya bro....

ADfeez berkata...

sama lah!!! raya kali ne x best.. huhuhu sbb cutir aya 3 hari sajer.. =_=

KuNanGKuNanG berkata...

nasib baik kat poket terbakarnye.kalau kt dada ke, kat blkg ke kan lgsung xleh pakai.he3

zati embong berkata...

hihi ala da jd kewajipan.

azat,mananya poket kejadian?hihi

SURIA AMANDA berkata...

hahahaha..sorry la akak ko ni tergelak baca post ko ni azat..hahahaha....opps...akak ko lagi x best seminggu sebelum raya warded..lagi TAK BEST RAYA AKU,........