SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

20 September 2011

LIFE MUST GO ON...





Its time for... MENGADU!!!

Lately, aku rasa sangat-sangat penat, zahir dan batin penat, jiwa dan raga penat, luar dalam penat. Apa yang aku mau pada saat dan ketika ini adalah rehat yang panjang, bersendirian di tepi pantai, merenung jauh-jauh ke depan, lepas tu tidur lama-lama tak bangun pun tak ape. Entah la, aku tak tau apa jadi dengan diri aku, rasa biol. Keje ok jer, perform tak hengat, demi nak mengejar bonus 5 bulan kali 3K punya pasal, itu gamaknye yang buat aku letih amat. Mungkin ada silap di mana -mana... Itu pasal la aku malas nak hapdet menate blog nih!!!

Hmm... agaknya apa yang aku dapat selama ni tak berkat, aku memutuskan silaturahim, tak berbaik sesama insan, ye... memang salah aku, aku banyak mendiamkan diri sampai orang cakap aku sombong, aku suka buat hal sendiri sampai orang kata aku kera sumbang, balik rumah jer hempas pintu kuat-kuat macam sengaja nak buat jiran bengang, padahal aku angin dengan cina bawah rumah yang karaoke tak ingat dunia, entah la... jadi baik salah, buat jahat lagi la salah. Nak aje aku cakap kat semua orang aku macam dah malas nak hidup, mau Tuhan cepat-cepat amek nyawa aku supaya aku tak nyusah orang. entah la...

Aku perlukan seseorang untuk aku mengadu dan berkongsi susah senang yang berkantung dalam diri aku, sakit nak tanggung sorang-sorang. Ash sibuk, aku tak nak kacau dia, kang daripada baik terus tak ade apa-apa, aku tak nak ganggu mak, dah selama hidup ni dari dalam kandungan aku dah menyusahkan dia, biarlah mak berehat dan fokus pada ibadat, aku tak mau menyusahkan adik-adik, seorang abang tak patut membebankan adik-adiknya, pada abang... hmm, aku tak pernah rasa ada abang pun. Pada kawan - kawan... masa senang ramai la... masa aku susah, semua hilang. At least, lekat la sorang untuk sekurang - kurangnya aku jadikan kawan ketawa dan kawan menangis. entah la... Alih-alih blog ni jugak jadi mangsa, nasib baik blog tak bernyawa dan tak boleh bercakap, kalau tidak... mau dia muntah ijau!!

Apapun, life must go on... untung masuk sekolah balik... dapat cuci mata kat faculty, yeeayyy...


9 ulasan:

SURIA AMANDA berkata...

salam Azat..lama x singgah kat sini..selamat hari raya...

khaifaiz berkata...

amacam study bro.. ok ka

Asrul "iLham" Sany berkata...

maken kaya ar ko pasni jejai...

bulan 12 ni jgn lupe tau...

saiz kasut aku 9... n aku suka loafer n Oxford Shoes.

TETIBER.

ZWAN SABRI berkata...

btol tu btol.. masa senang mmg banyak kawan tp bila susah, nak ada sorang kawan pown payah.. btw, b strong k..

MySuaraBlog: Open Mindedla Sikit Derr!

NAZRUL AZAT berkata...

hi puan suria amanda, yeeayyy

NAZRUL AZAT berkata...

khai - study ok jer, baru mula xde la bz sgt, apapun sgt2 happy yeeayyy

NAZRUL AZAT berkata...

asrul - ko je yg lupe kt aku, huhuuu

NAZRUL AZAT berkata...

zwan - biasa la tu, selagi namanya manusia, study bebaik dude :-)

zati embong berkata...

aloh azat..pd jat kan, jgn pendam sgt tau.kena luahkan.