SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

03 Oktober 2011

EH GAGAK NIH...





DUGAAN...

Ni la nak kaborkan kat kome, semalam, lepeh tak jadi nak dating dengan Ash, dengan terhegeh - hegehnye aku lepak di tasik Seksyen 7 Shah Alam, tujuannye nak settle kan assignment yang dateline nye Selasa nih, objektif, ces objektif plak, niat aku lepak situ dek kerana kalau di rumah haram satu keje pun tak menjadi, nak lepak di library kan tutup awal masa weekend, aku pegi la dulu tapau nasi campur dekat Seksyen 6, sampai di tasik tu cari port yang baik, melahap dulu sambil dikerumuni gagak, aiseh, nak rembat nasik aku la tuh...

Sambil angin bertiup sepoi - sepoi bahasa, dengan kenyaringan gagak memekak, aku mulakan keje rumah aku, nak tau 1 mende aku lupe, PEN !!! Cemana nak menulis kalo takde pen?? Nak tak nak aku on ajer notebook aku type terus keje aku kat situ jer, sambil tu sempat online di FB nak menanyakan kat bebudak kelas aku cemana nak buat assignment tu, yelah dah lama tinggal sekolah kan, rasa sengal je tak tau cemana nak mula. Assignment aku senang jer kot, ade 9 articles, kene buat critical review pasal leadership and strategic management, nak komen ke nak hentam ke nak menokok tambah ke ikut suka aku la asal siap, masalahnye 1 artikel tercicir, dorang salah selit masa fotostat. So, aku buat je la mana yang ada dulu. Tengah dok syok buat keje, makin kuat pulak la gagak - gagak yang bertenggek kat pokok tu memekak, serius bising, macam sengaja jer nak buat aku marah. "Eh gagak! kau boleh diam tak!! Dah la hitam legam, memekak aje keje kau kan, sial!!" Aku marah dalam hati jer, kang aku jerit kuat - kuat kat situ orang keliling kate aku sewel plak, dengan gagak pun nak gaduh. Aish, kalau ada rifel memang dan - dan tu jugak aku tembak sekor - sekor. STRESS !!!

Dah, jadi malas dah nak teruskan keje, baik aku menung jer menghadap tasik buatan tu. Cuaca plak mendung macam nak hujan. Tetibe chat FB berbunyi, si Aidil rupenye menyapa. aku layan kejap, tapi yang sialnye broadband aku dan - dan tu la nak hang bagai, rase nak baling jauh - jauh ke tengah tasik. Aku cakap kat Aidil aku tak boleh teruskan chat, broadband dah jadi berokband, tau la aku belum bayar bil lagi. Sorry Aidil... Nak - nak tetibe hujan turun, spoil betol la nak layan feeling kat situ pon dah terbantut kot, konon dah abeh assignment nak try lens baru yang aku angkat kat si Ijan, hampes...

Aku menghala ke Plaza Alam Sentral, niat di hati nak angkat printer baru, kebetulan ada IT Day kot kat lobby PAS tuh, takde apa yang menarik pon tapi orang kerumum macam lalat. Terus aku ke level 3 nak survey printer sambil usha kot - kot ada tablet. Tak best lah, takde mende pon, baik terjah Digital Mall ke Low Yatt ke lagi puas hati kot. Konon kan cucuk rimau, mak aih sebatu orang berbaris kot, kang sampai turn aku kering dah duit dalam ATM. Aku pi bayar tiket parking, trus blah pegi UiTM Puncak Perdana, nak jumpe si Mel mau copy artikel yang aku tercicir tu. Sampai sana dia takde situ plak balik rumah parents, dia suruh aku jumpe Kaie je, tapi aku segan plak nak kacau budak tu tak berapa kenal lagi, dengan lelaki pun nak segan, haha... balik rumah aje lah...

Lepas Magrib aku sambung buat critical review tu, sambil layan Bonna & Bonnie, tak bleh blah punye citer, sambung tengok Stanza Cinta, lagi tak faham apa tak pernah follow dari awal. Nasib baik keje jalan sambil mata kat tv. Ok, 8 articles aku dah ambek main point, tunggu petang karang dapat article lagi 1 tu terus settle kan, alah, setakat critical review jer, pejam mata pon bole buat, bagak tak? hehee...

Eh, panjang plak aku membebel kat sini, ermm... itu la saje yang berlaku kat aku sepanjang Ahad bertarikh 2 Oktober 2011, hari yang biol, moral of the story, nak buat assignment tu kat mana pon boleh, cume nak tak nak jer kot, dah tu jangan lupe bawak pen untuk menulis, dan jangan sesekali nak membaca atau menulis di tasik yang penuh gagak, serius keje tak jalan, ok bye...

2 ulasan:

zati embong berkata...

Hihi,jat ingtkan ada gagakberak td.hihi x rupanya

SURIA AMANDA berkata...

hahahaha...ikut resmi gagak mcm tu la jadinya...