SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

07 Oktober 2011

NAK KOMPLEN SIKIT NIH...





1. Lif
Manusia dekat MPB nih ada yang tak tau adab ketika menggunakan lif. Mana – mana tempat pun same kot. Apa lah salahnye tunggu orang yang di dalam perut lift tu keluar dulu baru korang masuk pulak, ini belum sempat orang lain keluar korang terus meluru masuk, biadab!!

2. Signal
Tak salah kan kalau nak berhenti ke masuk simpang ke bagi signal kereta tu, ini kereta je mahal, besar gedabak, tapi payah nak bagi signal, orang yang selalu naik motor macam aku nih selalu jadi mangsa dek sikap dorang yang suka berhenti mengejut, nak – nak teksi, kurang ajar!!

3. Jalan raya
Pemandu kereta tolong la respect sikit dekat penunggang motor macam aku nih, selalunye orang yang drive kereta tak akan mengalah dengan motorists, kekadang kat highway kalau jam kereta main masuk jer kat emergency lane, kekadang tu siap bagi high beam mintak motorists ketepi atau laju, sial!! Polis trafik ke JPJ ke sesekali tu tolong la bangun pagi dan monitor highway NKVE tu, nak harap CCTV jer payah la…

4. Sampah
Nih la 1 masalah besau kat flat aku, bebudak tak diajar untuk menjaga kebersihan. Sampah sarap menyelerak sini sana. Sebelah pagi cleaner bersihkan, sebelah petang selekeh balik. Dah tu ada kucing terbiar, ya ampun taik bersepah. Bau kencing manusia pun ade, ludah sana sini. Geleng kepala jer aku masa turun dari flat tadi. Nak tau apa alasan orang kat situ? “Tiap – tiap bulan bayar maintenance mahal maa… angkat itu olang buat kelija lorr” Aiyaaa….

5. Senyum
Tadi aku singgah beli nasi lemak dekat sorang makcik tu, kot la dia nak sambut aku dengan senyuman, ini bertanya nak beli apa dengan muka masam, heh makcik, tak mendapat ke semalam?? Dah tu nasik mentah, hampehh...


Baik program BONGKAR ke, TITIK SENTUHAN ke, EDISI SIASAT ke, ADUAN RAKYAT sekalipun, tak akan boleh tolong untuk selesaikan masalah macam nih kalau kesedaran tak datang daripada diri kita sendiri. Renung – renungkan dan selamat beramal…


3 ulasan:

Anisa Hang Tuah berkata...

haaa,,,memang mendatangkan perasaan yg tak puas hati.

zati embong berkata...

bnda2 cmni susahnya jat rasa nk buang dr org kita ni azat. hempuk sekali la bg reti bahasa skit.

Gua Tertidur berkata...

btl bro..gua respek entry lu yg nih..haha..steady!