SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

30 Oktober 2011

SEMALAM HARI SABTU KAN?






Hmm... nak temberang pasaipa entah hari ni? :-)

Semalam adalah harijadi adik bongsu aku si Ijai yang ke 21 tahun, dah tua bangka dah budak sekoq tu, budak yang dulunya selalu aku basuh berak kencing dia, yang selalu aku sakat sampai menangis huhu lepaih tu mak plak tibai aku huwaaa... FYI adalah satu kejayaan besar bagi seorang abang kalau berjaya menyakat adiknya sampai dia mengamuk dan menangis heheee... PUAS!! Bila aku ingat balik apa saja benda yang dah aku buat pada dia, rasa bersalah pun ada, apapun, aku sayang adik aku tu. Aku harap dia juga akan berjaya dalam pelajaran, untuk jadi seorang engineer, mungkin kot, insya Allah...

Semalam jugak, aku shopping sakan dekat Digital Mall, kalau boleh nak menghabiskan segala duit muit yang ada, kalau tak cukup duit aku duit orang lain aku kerjakan hehee... Ijan ajak teman, katanya mau usha aksesori DSLR, dek kerana terpengaruh, aku ikut cakap dia untuk angkat satu speed light yang pada mulanya aku rasa tak perlu kot, tapi... nahai... dah try baru tau! Gedebak geduk beli gajet lain lagi, mau RM7++ habis kat situ saja... adoyai !!!

Perut dah lapaq, dan aku ada cakap pada Ijan mau godek kete aku yang problem, dia cadangkan kami ke Taman Seri Gombak, berdesup la kami pi, bila sampai situ, lepaih lebih kurang dengan budak kedai tu, kami dua pi pekena asam pedaih dekat Cafe TR Asam Pedaih, malaih la nak cerita panjang, memang TERBAIK dari ladang kot. Aku memang hantu asam pedaih nak habaq mai. Burp!! Alhamdulilah, mau promote baik punya kat angpa pi la merasa sekali, tak cukup sekali berkali - kali pun boleh bah :-)

Sampai ke lewat petang jugak keta aku depa tak repair lagi, balik la kot magrib dah. Begitu la berlangsungnya hari Sabtu aku yang tak berapa happening. Tapi... awat tau dalam hati nih rasa tak sedap sepanjang hari?? Ermm...

1 ulasan:

ch000tz axoera berkata...

heheheh speed lite eyh.....actually tak guna sgt lah benda tu..:p