SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

29 November 2011

CAN I CRY ON YOUR SHOULDER ??



Maaf, penulisan kali ini sedikit melancholic...

Bangun dari tidur untuk solat asar tadi, aku tersedar dengan perasaan sebak bersarang di hati, air mata aku mengalir tanpa dipaksa. Aneh, dalam diri aku pada saat itu berbungkam satu perasaan yang sedih, bercampur baur dengan perasaan rindu yang tak tertanggung lagi, perasaan keliru, perasaan bersalah, kenapa dengan engkau NAZRUL AZAT?? Aku cuma mampu menangis untuk meredakan sakit di hati. YA! Hanya air mata menjadi teman terbaik... Anehkan lelaki menangis? Sebenarnya aku penat! terlalu penat bekerja, letih dengan tanggungjawab sebagai pelajar, lelah untuk menjaga hati orang lain... tapi hati dan perasaan aku sendiri??

Aku adalah seorang yang gemar memendam perasaan, aku sukar untuk berkongsi perasaan dengan orang lain, atas dasar tidak mahu orang lain terbeban dengan permasalahan yang aku hadapi. Mungkin juga terkesan dengan pengalaman, dan serik untuk berkongsi dengan sesetengah jenis manusia yang tidak ikhlas dalam bersahabat. Pada siapa untuk aku luahkan perasaan yang tak tertanggung ini??

Orang - orang yang aku sayangi kian hari menjauh pegi, biarlah... mereka sibuk dengan urusan mereka. Dan sekarang, aku sendiri lagi, setelah si dia berlalu pergi, biarlah... aku bukan lelaki terbaik untuk perempuan sebaik dia. Pergilah... tinggalkan aku sendiri. Aku cuma manusia lemah yang tak berpendirian! Namun, aku mahu ucapkan jutaan terima kasih pada seorang insan yang tetap bersama aku kala susah dan senang, walaupun kami tidak lagi bertemu dan meluangkan masa bersama seperti dulu, tapi jauh di sudut hati mengatakan dia adalah sahabat dan saudara yang terbaik, malah dia sentiasa berpesan untuk aku terus berfikiran positif. Terima kasih! Aku tak akan pernah melupakan kamu...

Ayuh NAZRUL AZAT, perjalanan masih jauh di hadapan, teruskan...








16 ulasan:

Anisa Hang Tuah berkata...

abang..nis menghadapi masalah yg sama..

nis ada je niii..

c'axoera berkata...

taklehh! ko besoor sgt dari aku ...haha kang aku yang tumbang =))

CintaZulaikha berkata...

taper je sekali sekala menangis biarpon kita nih laki atau pompuan..bila kita menangis, segala tekanan yg ada dalam tubuh kita kuar ngn sendiri..tp pastu silalah senyum kembali...:)

CintaZulaikha berkata...

rasa cam dah tulis komen tadi kut...mana dia..

Princess Fiona Bini Shrek berkata...

nah2..nieyh tissue...^_^
meh2 story meh..

Azlan Hasan berkata...

bleh jer bro tapi in case kalau basah nanti ko basuh ek baju aku sebab aku malas nak basuh baju..hehehe

Regards,
-Strider-

Joe_Hans berkata...

weyh..naper nie?? jangan sedih2..yer.. be strong

chegu abbas berkata...

alo tomei-tomei....x bek sedih sedih x mo xmo xmo...azat baek kan..hihihih

dwaty berkata...

menangislah... kalau itu mampu buat awak rasa lebih tenang...

Ayuh NAZRUL AZAT, perjalanan masih jauh di hadapan, teruskan...
pasti ada yang menanti di hadapan...

SURIA AMANDA berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
NAZRUL AZAT berkata...

terima kasih semua :-)

Lai Qma berkata...

yeahh..truskn prjlanan..jgn sdey2 uh..psty ade ramai lg yg ade n sntiase mny0kk0ng..0ke :)

afzalsukasuki berkata...

kisah kau macam kisah aku la..tiba satu masa,tetiba rasa lonely.rasa kesepian.rasa dipinggirkan..semuanya menjauh :(

p/s: tetiba nak nyanyi lagu Akon - Lonely

afzalsukasuki berkata...

ko tau tak..bila ko cerita macamni..aku rasa macam pandang cermin.aku nampak diri aku sendiri.sama situasi macam kau.rasa sepi sendirian..tetiba rasa dipinggirkan,kawan hilang entah ke mana..memang rasa macam loser.semua tu jadi dalam sekelip mata.hmm..aku harap ko pun bersabar la ye

hyz berkata...

bila beban terlalu banyak kat kepala, kita akan semakin sensitif. kalau tangisan itu melegakan perasaan kamo, biarkan air mata itu mengalir. =)

wan nurul hezrina berkata...

alololo cian dier..meh tapi taklehlah tumpang bahu..tumpang sedih buleh..muhahaha