SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

22 November 2011

JANGAN BACA !!!!



AMARAN!!! Entry aku kali ini membosankan... JANGAN BACA !!!

Di kala hujan masih menitik di bumi Allah ini, aku mau cakap - cakap kosong jer dengan encik blog sebelum aku tidur.

Macam biasa aku bertolak pegi keje dalam 7am dan tiba di office 10 minit kemudian, awal kot! Padahal jam 9am kot start keje, bersebab tu... aku kan part time student, so aku keluar dari office awal sejam, 5pm dah blah pegi kelas. Aku ambik initiative datang awal ke office untuk ganti 1 hour tu, baik tak aku? Sangat dedicated pada keje padahal bos tak pandang pon.

Dalam komen entry sebelum ni, ada sahabat blogger bertanya "ingest legacy tu ape?" Mai pakcik habaq. Ok, ia salah satu daripada 4 main tasks kami yang melibatkan proses membuat salinan program TV terbitan MPB dari awal penubuhannya sehingga kini daripada pita ke server. Jadi, tugas aku dan rakan- rakan dalam unit archive, Resource Center, MPB yang rostered untuk task itu pada minggu tertentu adalah 'ingesting' atau membuat salinan semua program TV ke server untuk long term keeping.

Sebab tu la sometimes aku kene keje syif malam di kala kalian semua sedang enak melayan mimpi. Setakat ni boleh dikatakan 90 peratus sudah complete dan masalahnya sekarang kami kekurangan 1000 jam lagi untuk melengkapkan sasaran 10 000 hours yang menjadi 'Departmental KPI' untuk tahun 2011. Ada idea mana aku nak korek lagi 1000 jam??

Itu sebabnye kekadang aku sampai tak sempat makan, kalut buat keje, setiap syif ada target sendiri, all programs yang kene transfer tu realtime ok, bukan just tekan PLAY+RECORD+FORWARD, kalo sejam duration program tu sejam la running dalam MVTR machine. Then kene buat description plok doh, klau program tu best dilayan ok lah, sekarang nih kami tengah pulun habiskan Malaysia Hari Ini dari zaman korang belum diperanakkan lagi. Penat wooo mata nih kene hadap monitor tv & PC kiri kanan depan belakang, dan machine dalam workstation yang kami guna tu memang tak pernah rehat. Boleh meletop kebabow anytime kot! Keje aku sangat teknikal, aku rasa korang tak faham, abaikan saje...

5pm tadi terus blah balik rumah, tukar motor ke kereta dan setengah jam kemudian sampai UiTM Puncak Perdana dalam hujan yang sangat lebat. 630pm kelas bermula, subject 'Strategic Management' nih bakal berakhir pada December kelak dengan presentation di FRIM Kepong, kelas kau jah, sekali buat paper presentation dalam hutan, ngeee...

Tinggalkan pasal keje dan study aku ok!

Dalam seminggu nih sana sini orang akan terus bercakap pasal match bola malam tadi, dan kelas aku kelmarin pun cepat wrap up, konon lecturer nak bagi peluang kami menonton perlawanan final itu. To be honest, aku bukan peminat tegar bola sepak, aku follow tentang bola sepak sekadar untuk tahu, bukan untuk fanatik tak tentu pasal. Dan pada aku, bola sepak adalah permainan biol di mana ramai pemain cuma mengejar bola nan satu untuk dijaringkan ke dalam gol. Ke aku yang biol?? Apapun, aku tetap berasa kagum dengan kejayaan yang dicatatkan team Harimau Malaya. Tahniah, tapi bola itu bulat, hari ini hari kamu, esok lusa belum tentu...

Sudah 1107pm ketika ini, baik la aku stop dulu. Bosan tak??

Kan aku dah cakap jangan baca...

13 ulasan:

aReLaN berkata...

hahahahah...keje oh keje.

Fabulous Me berkata...

Hahahha siap mrh x kasi baca. Huahuahuahua..

Zulfikar Hazri berkata...

x bosan, atleast aku dah tau ilmu dalam media.. kene ingest cerita ke dalam server sebagai archive..

afzalsukasuki berkata...

tak bosan pon..aku belajar sesuatu hari ni :)

SURIA AMANDA berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
wan nurul hezrina berkata...

haha bolehlah tahan.tapi mana leh tak baca=)

c'axoera berkata...

sumpah aku tak baca tapi aku nak letak komen ajer kat sini hahahaha

Azlan Hasan berkata...

tajuk catchy..hehehe...membuatkan aku nak baca..hehehe..kira okay pe entry camnie..at least aku leh compare ape yang ko buat daily ngan aku buat daily..hehehe

Regards,
-Strider-

FIFIEY LYCHEE MARATION berkata...

setuju. bola permainan biol nan ado mengejar bola yang satu!

THE LEKAT LEKIT STORY berkata...

kita cuma tau tgk tv jer... kekekeke

Koding berkata...

Tujuan entri.. supaya orang baca bro...
Bagaimanapun positifnya ialah sifat manusia yg dilarang itulah yg nak sangat dibuat..

The Real Nurna Azrin (^_^)v berkata...

ssorry terrbacaaa

Mawar berduri berkata...

kdg2 bila org kata "jangan" lagi kita suka buat.. hihi jgn baca >> nk jgk baca.. walaupn byi mcm meletih kn, tp ia sebahagian dri kehidupn ..

chayook2 moga terus melangkah ^_^