SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

17 November 2011

MIMPI ANEH DI PETANG HARI




Selepas Asar tadi, aku terlena tatkala hujan turun lebat di luar sana. Sekelip mata aku sudah berada di dimensi mimpi...

Dikerumuni orang ramai seakan di sebuah surau, aku cuba dirawat oleh seorang kiyai yang dijemput khusus untuk merawat penyakit misteri yang kuderitai sekian lama. Dihulurnya kepadaku sebiji botol berbentuk silinder yang panjang lalu dia meminta aku menuapkan mata sebelah kananku pada mulut botol berkenaan. Aku hanya menurut arahannya tanpa menyoal dan membantah.

Sejurus aku meletakkan mata kananku pada mulut botol yang lutsinar itu, secara tiba - tiba entah dari mana datangnya kuasa yang sangat luar biasa melalui botol berkenaan menyedut keluar sesuatu sebesar genggaman tangan tanpa menjejaskan sedikitpun mata kananku. Lalu botol itu cepat - cepat diragut dari peganganku oleh seseorang pada ketika aku masih terpinga - pinga dengan apa yang berlaku.

Sesuatu sebesar genggaman tangan itu dihulurkan kepadaku, berderau darah dan jantungku melihatkan isi bungkusan kain hitam itu mengandungi tengkorak yang sudah kecut dan juga berbilah gunting dan pisau sebesar mancis. Ya Allah!!! Adakah aku telah disihir ??

Kiyai itu menganggukkan kepala, seperti dapat membaca pemikiranku...

Mimpi anehku itu berakhir begitu sahaja setelah aku tersedar, apakah mesej di sebalik mimpi itu??

21 ulasan:

Muhammad Khairul Fahmi berkata...

mimpi mainan tidur...tp kta kena waspada kerana sesetengah mimpi itu ada petanda tersendiri...

Azlan Hasan berkata...

tak berani plak nak ulas sebab ilmu tak cukup didada..hehe..mintak2 laa xde benda buruk berlaku kat ko azat..hehe :)

Regards,
-Strider-

haNIz berkata...

mimpi pas asar kurang di percayai.. hahhaha
len kali jgn tdo time tu..

Tira Pengemis Maganda berkata...

ada org nk msk meminang...plik x? gagagga~

Nurul Izra bt Ishak berkata...

ish2..len kali jgn tdow lepas asar....hihihi

: : Mr Iqhwan : : berkata...

cbe bro try tnye ustaz2 kt sni..http://halaqah.net/v10/index.php?topic=9335.620

KizZ berkata...

Ish..seram jugak nih mimpi camgitu..mimpi hantu biasalah Kiz..

محمد أمين بن أريس berkata...

kadang kala mainan tidur itu penuh bermakna...tpi sape soh ang tidoq pas asar???... :)

c'axoera berkata...

hahahahahha aku salu tido mimpi boss aku! apa kes tahhh :p

khaifaiz berkata...

insyallah tak ada apa-apa...

Ym.Bundle [Blog.Sampah] berkata...

aneh betol..haha..kalau ikut blog uncle seekers mimpi petang dia tu la buat di boleh ramal macam macam..hahaha..

::ini belog saya . cinta hati saya:: berkata...

seram pulak . huhu

LiLy @ MumMyQiStInA berkata...

mimpi mainan tido..
Insyallah..takde apa2 yg berlaku..^^

Asrul "iLham" Sany berkata...

menakotkan...

SURIA AMANDA berkata...

haaa...tidur la lagi lepas asar!!!kan setan dah kacau..apa2 pun next time kalau mimpi mcm tuh..masa org tuh nak bg..jgn terima..sesuatu x elok yang nak disampaikan dalam mimpi tuh..

TiMbAHiJaU berkata...

seramnya mimpi ko en.azad...hurm, aku tak pernah la mimpi mcm ni...kalau cerita pasal sihir ni, seriau aku baca tau.aku pernah jd mangsa sihir =.= but, alhamdulillah skrg dah baik. eh eh, sori komen takde kaitan ngn entri ko :] hehe...

next time sebelum tido amek wudhuk ye :)

Lai Qma berkata...

haaa td0 lg dptg hari slpas asar..kan tak el0k tu..ish3..tu psal mimpi plek2 cmtu kut..kui3 :P

THE LEKAT LEKIT STORY berkata...

kalau btl kena sihir.. mungkin mimpi ni bawak maksud sihir tu dh berjaya di buang.. Harap yg baik2 sudah

SeseDaP RaSa berkata...

seram mmpi 2..hehe.. try tnya ustaz mana2 tgok..

Cik tikah berkata...

erk!! macams eram je mimpi tuh. =.='

delarocha berkata...

jgn tido ptg