SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

14 November 2011

SEPI...SUNYI...SENDIRI...







Terlalu cepat masa berlalu...

Selepas Zohor nanti aku akan bergerak pulang ke Kota Damansara, sesudah 4 hari bercuti. Seakan tidak puas, mahu saja menambah cuti sendiri, tapi aku cuma bekerja makan gaji, sedarlah diri...

Barang belum siap disimpan di dalam beg, mahu menyiapkan entry ini dulu. Apa sangatlah barang - barang aku. Pakaian 3 ke 4 helai, laptop, DSLR, barang peribadi, itu saja, tak lupa bekalan makanan yang emak sedang siapkan. Thanks emak, ajat tak tahu macam mana nak berterima kasih dengan emak, sejak dari zaman U lagi emak akan pastikan aku balik dengan makanan hasil air tangannya sendiri, sebab emak tahu aku bukan jenis makan sembarangan. Rasa bergenang air mata, hmm...

Dua hari lepas, hanya tinggal aku dan emak di rumah lepas Ijai balik ke PTSB dan adik pegi ke Padang Besar, lewat - lewat petang kebiasaannya emak akan bersendirian di living room di atas kerusi malas dan mendengar lagu - lagu kegemarannya di handphone, sambil mengadap ke arah luar pintu. Entah apa yang emak renungkan. Seriously, aku yang melihat dari belakang menangis dalam hati, aku bersimpati dengan emak. Sepi, sendiri, sunyi... kalau dulu pasti arwah ayah akan bersama - sama dengan emak berbual kosong tentang kisah lama mereka, kini emak keseorangan. Agaknya kalau aku, adik dan ijai tiada di rumah, macam mana agaknya keadaan emak... sekejap, air mata aku mengalir, tak tertahan lagi...

Maaf, aku sedikit emosi bila berbicara tentang emak, apatah lagi sejak ketiadaan ayah, bila mengingatkan emak, aku akan menangis... menangis kesal, menangis sedih, menangis kegembiraan, menangis kerinduan. Terlalu banyak yang nak aku perkatakan tentang emak. Emak rela meninggalkan keluarganya di Sabah selepas berkahwin dengan arwah ayah, emak tabah walaupun tak diterima mertua, emak kuat demi menjaga kami 6 beradik yang semuanya lelaki, emak sabar walau sering jadi umpatan jiran, emak redha setelah pemergian ayah. Mampukah aku jadi sekuat emak??

Kadang kala, aku berasa kesal kerana jauh daripada emak, kerana aku satu - satunya anak yang jauh merantau, mujur ada adik - adik yang selalu dekat dengan emak. Sesekali aku kesali, kenapa aku dikurniakan rezeki yang mahal tapi mahal juga pengorbanan yang dituntut? Hanya yang memahami saja tahu betapa perit berjauhan dengan orang yang kita sayang...

Sebentar lagi aku akan balik ke Kota Damansara, meneruskan kehidupan... meneruskan pekerjaan... meneruskan pelajaran, entah sampai bila... tapi aku tetap akan kesunyian, yang tak akan pernah berakhir...

Doakan aku selamat sampai, kawan - kawan...







12 ulasan:

muhammad amin aris berkata...

sayang ibu bapa satu kewajipan...sayang orang lain satu keharusan... :)

Jieha mohd berkata...

hehe.. jgn sdih2 azad.. take care..hee nk blas jasa ibu ayah.. satu je kejayaan :)nehhe take care balik ke damansara :)

Azlan Hasan berkata...

amin..aku doakan ko selamat sampai..sabar je laa azat..mana tau nanti dpt promotion dan station dekat2 dengan umah plak..hehehe :)

Regards,
-Strider-

THE LEKAT LEKIT STORY berkata...

sayu hati baca.. Macam mak saya jugak.. dia pernah cakap dia sunyi bila ayah takde. Serius touching bila dgr macam tu tp dia selalu habiskan masa berkebun. Hasil kebun tu kdg2 dia jual kalau org nak beli.. kdg2 dia sedekah je kalau ada org minta. Kita pulak 6 adik beradik perempuan.. yg duduk dengan mak sekarang kakak no 2 dgn adik bongsu. Adik no 4 ada kat sini jugak.. no 5 dah kawen, tp x jauh tggl dgn mak & sulung kat penang jer.. duduk rumah sendiri. Kdg2 memang kita akan rasa mcm tak mampu jd mcm mak yg kuat.. Tp bila kita dh jd mak.. Kekuatan seorang mak tu akan dtg dgn sendirinya

Joe_Hans berkata...

saya sayang emak saya

ch000tz axoera berkata...

tak kira setinggi atau sebesar mana pun kita, takde mak kita pon takde...

SURIA AMANDA berkata...

apa yang sunyi..jumpa jugak mak kan..dah berkepit celah ketiak kan..x kan x puas kot azat oiii...

cLovErX berkata...

anak yg baik azat ni..
anggaplah azat berkorban demi masa hadapan yg bakal membuat ibu azat bahagia..
sentiasalah selitkan doa utk mak ayah kita selesai solat..balasan plg minima utk mereka...
sekarang kn zmn modern, bagilah mak iPhone4 ke, iPad ke, boleh vid call tiap2 hari..ahahah

::ini belog saya . cinta hati saya:: berkata...

semoga selamat sampai . :)

Cik tikah berkata...

dah selamat smpai blom?

Rashidee Rahim berkata...

banyak kan besabar bro..org perlis ke?

Fabulous Me berkata...

Sedih bace entry nih. Memang emak tuh 1 kemestian. Ujg minggu memang sll balik. Alhamdulillah, dekat.

InsyaAllah kesunyian itu mungkin berakhir, hanya Allah yg tahu.

:)