SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

05 November 2011

UNTUNG LAA...



Hari nih aku off, apa sangat la aku buat daripada subuh tadi selain TIDO... MAKAN... BERAK... ONLINE... sila ulang sebut 4 perkara itu untuk 18 kali lagi, hahaaa...

Esok aku keje, di hari raya AIDIL ADHA, rasanya goyang kaki sajo sambil buat taik gigi... mana tidaknye, aku dah buat keje advance, sape suruh bos kasi aku keje kan, aku claim la OT. So... SAHAJA AKU BERLAKON ESOK HARI DALAM HARI RAYA AIDIL ADHA KERANA... erkk macam niat puasa pulak, tak baik!!! Aku cuma bekerja mencari rezeki halal dengan niat kerana Allah taala...







Esok adalah hari raya, walaupun AIDIL ADHA, tetap hari raya. Patutnya time macam nih, aku sibuk - sibuk tolong mak, kalau bukan kat dapur pun sibuk tido atas katil, sengal tak?? Hahaaa... Tak mengape, aku bagi peluang kat officemate yang tak cuti masa Aidil Fitri untuk dorang pulang beraya di kampung halaman tercinta yang indah dan permai bak Kampung Jenjarom. Ketupat dan rendang sudah aku beli di jualan bazar mini Jumaat lepas, cukup la buat makan sendiri, then semalam aku dapat kek yang aku order daripada CIKGU HYZ, gila sedap, ngap ngap... setengah bekas dah habis aku baham, ngeeee...

Mengenang kembali sambutan AIDIL ADHA lepas - lepas, tak ade pun yang special. Biasa - biasa kot, just duduk di rumah, hadap tv, makan, berak, layan orang datang beraya then tido!! Tak pernah la pulak aku tergerak hati nak pegi ke tempat orang buat qurban, kerana aku fobia dengan darah, duduk diam - diam sajo... Kat taman perumahan aku di Gurun tu sekali buat qurban gempak jugak la, mungkin jugak kawasan situ ramai yang berada, pada aku... kalau nak buat qurban banyak - banyak, baik buat dekat tempat yang ramai orang susah. Tak gitu??

Tahun lepas, buat pertama kalinya aku dengan adik - adik merayakan AIDIL ADHA tanpa mak yang pergi menunaikan haji, dan tanpa ayah yang sudah 4 tahun pergi menemui Penciptanya. Nasib baik jugak aku dapat cuti. Itupun dapat balik malam raya, kesian sangat aku tengok muka adik aku sorang - sorang, serius aku menangis, nak - nak tengok bilik mak kosong jer. Esoknya aku sediakan macam - macam untuk dorang berdua. Aku ni nama aje ada abang sulung, tapi dia buat musuh dengan kami 5 beradik, kekadang tu rasa cemburu sangat tengok kawan - kawan yang ngam dengan abang kandung sendiri. Sedih la beb...

Okay peeps, di kesempatan ini aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA, dan selamat menjalani ibadah qurban. Dekat GUA, kau suke lemak ye, ni hah badan aku banyak lemak, amek jer aku bagi free, muahahahaa...















9 ulasan:

Anisa Hang Tuah berkata...

selamat hari raya aidil adha.

keje dgn ikhlas.

korban tenaga dan masa

:)

محمد رازيق berkata...

salam aidil adha bro azat :) cuti je esok :)

muhammad amin aris berkata...

salam aidil adha kat ko bro... :)

cantekk berkata...

weh, tacing la bace ni... ='(
argghhh....

newey, salam aidiladha jgk.

IkiN NikisA berkata...

selamat hari raya :)

ala kesiann .. keje jelaa .

ch000tz axoera berkata...

slamat hari raya aidiladha babe!

KuNanGKuNanG berkata...

selamat hari raya aidiladha...semoga sgla pengorbanan kita akan mendapat redhaNya..:)

Azlan Hasan berkata...

Selamat Hari Raya Aidiladha Bro...

Regards,
-Strider-

misTeaRed berkata...

salam a.adha....nk rasa gak kek..hehehe