SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

10 Disember 2011

SAYA CUMA BLOGGER HINGUSAN... MAAFKAN SAYA!!!





Ceritanya begini, ada kalanya ada satu blog bernuansakan politik itu sering terpaut pada entry aku. Aku bukan tak berminat dengan apa yang dia tulis di blog dia, kalau sempat aku baca jugak, cuma aku pelik bagaimana entry dia boleh terpaut pada entry dan blog aku yang nan ado nih, adakah disengajakan atau auto link aku tak tau la kenapa dan bagaimana. Tak kan la aku plak yang menggatal nak letakkan link blog dia pada setiap entry baru aku. Bukan baru jadi, dah lama dah!! Tadi aku sedikit beremosi di blog dia, sebab dah selalu sangat. Encik Anon di blog dia mengatakan aku budak hingusan baru berblog, baru kenal dunia blog nih dah banyak ragam. Ya, memang aku blogger setahun jagung, masih hijau, mentah dan dan biol. Dari awal memang aku sedar diri yang aku berblog dan menulis bukan untuk orang lain. Oklah dah buat salah aku mengaku salah lah. Tak guna gaduh - gaduh pun. Encik Azli tak salah, saya mintak maaf ye... saya dah disallow backlink...

Cuma sekarang ni aku tak mau dilihat atau disangka menyebelahi atau bias pada mana - mana pihak hanya kerana blog aku directly linked pada entry dia. Pada orang yang tak alert tak kisah la, aku segan kot blog aku dengan tak ada motifnya dipautkan pada blog dia yang dikenali ramai. Itu aje masaalah... kecik punya hal. Solusinya dari awal lagi, aku klik dustbin saja link ke blog dia yang dipaut pada entry aku. Sesekali tak ada sesekali ada, adakala aku biar aje, dah malas nak ambik tau. Dia adalah antara orang terawal yang jadi follower blog picisan aku yang cuma jadi peneman aku di kala sunyi dan kawan untuk aku bercakap - cakap. Dikatanya dia tak pernah pun jengah blog aku padahal dia follower terawal, orang yang ke-29 daripada 896 followers, tak taulah motif dia menekan button FOLLOW di blog aku. Apa kata kita sama - sama unfollow? Hal kecik je kan... Sempoi !!

Sebenarnya bila menyentuh tentang politik, terus terang cakap aku dah malas nak tengok orang Melayu asyik bertekak, dia tu salah dia ni betul sampai keluar aib masing - masing, asyik nak menegakkan benang basah, menang bersorak tapi kampung tergadai, orang lain dapat faedah daripada sikap orang Melayu yang tak habis - habis bertelagah, aku dah sampai tahap menyampah nak ambik tau, dah tak tau nak cakap pada kaum lain yang sering bertanya begitu dan beginikah sikap Melayu?? Seriously aku malu tengok Melayu bergaduh sesama sendiri hanya kerana perbezaan fahaman politik!!! Yang untungnya siapa?? Wahai bangsaku sekalian, bukalah minda dan pandang sejauh mungkin, Melayu kini hanya tinggal kuasa, perlukah kuasa sebesar zarah itu mahu direbut sedang ia perlu dikongsi dan dijayakan bersama-sama?? Sayangnya sekarang, matlamat dah menghalalkan cara... haram dah dihalalkan... Islam kini hanya pada nama.


Kepada Encik Muhammad Azli Shukri, saya mohon maaf, saya sedar cara saya kasar, tidak beretika, saya mohon maaf!! Teruskanlah usaha anda memperjuangkan untung nasib Melayu. Mungkin anda pemimpin di masa hadapan, insyaAllah...






10 ulasan:

CintaZulaikha berkata...

susah je rasa ati kan..kekadang kita pon tak perasan yg kita nih leh wat org lain tersinggung, sedangkan kita tak ada maksud begitu..

Azlan Hasan berkata...

hehe..aku pun ade gak satu link blog politik dalam boglist aku...kadang2 syok gak baca blog politik nie..sebab time tu laa nak tgk orang tua bergaduh macam budak2..hehehe

Regards,
-Strider-

dwaty berkata...

dah... jangan gaduh2... sama org melayu kan???...

cLovErX berkata...

haiyaaaa!!lama x singgah...
amboi2..saya xsinggah blog awak, awak pon sepi je kan...uhuk2..xmola kawan..tapi nak komen gak..
bercakap ttg politik pd masa sekarang, saya pon bukan lah ahli polotik yg bijak ada rancangan masa hadapan utk negara .. cuma, seharusnya politik ni boleh jadi medium utk pihak kerajaan mahupun pembangkang improving themselves for the sake of humanity, w/out regarding on race..and religion..
kalau xboleh,xperlu lah dwujudkn politik itu..
ingat,zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w tak ada parti politik pon. semua bernanung di bwh satu pemerintahan. dan Rasulullah s.a.w tak membezakan bangsa ... hanya satu tujuan untuk menegakkan ajaran Islam..

Anisa Hang Tuah berkata...

blog pemes?

tak berkenan dgn blog pemes yg kerek ni.

bole jalan

Cik tikah berkata...

erm... nape la org tuh kan. sabar je la azat. kalau sabar x rugi pun. kan kan :)

aReLaN berkata...

politik kt msia ni macam2.kdg2 makin kotor lak tgk.ntah pape.

Joe_Hans berkata...

xkire baru atau lama.. nama tetap sama.. BLOGGER...

erma nazillah berkata...

xnk amik tau hal2 yg controversial ni..hehe..

delarocha berkata...

dugaan berblogging bro... sabar je la