SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

31 Disember 2011

SELAMAT TINGGAL 2011...


Kalian... terima kasih kerana masih berkunjung ke sini... Lama jugak aku tak update blog ini, bukan lupa bukan tak ingat bukan tak minat, tapi MALAS !!! Hahahaaa... 

 Aku dah kekontangan ilham sejak awal December lagi, perlu fokus pada study, menyiapkan assignment, kerja yang dihambat target KPI. Sudahnya aku penat dan hanya mahu memikirkan tentang diri sendiri lalu mengabaikan apa saja di sekeliling aku. Apa yang sudah aku type sebagai entry blog ini beberapa hari kebelakangan ini dah tak relevan, so aku just bakul sampahkan saja. Memandangkan hari ini hari terakhir dalam tahun 2011, maka inilah entry penutup, sebagaimana pembukaannya pada 1 Januari 2011 aku berada dalam mood yang sangat baik, dan aku akan akhiri 31 December ini dengan satu perasaan yang amat menyenangkan hati. YA ! Tahun 2011 sangat - sangat HAPPENING !!! 

 Di tahun 2012, sama ada blog ini akan masih bernyawa atau hayatnya berakhir tanpa nisan, kita lihat saja apa yang akan berlaku... BERMULA ESOK !! 

 Selamat tinggal 2011... aku akan merinduimu...




7 ulasan:

Anisa Hang Tuah berkata...

abang,,selamat tahun baru ;)

محمد أمين بن أريس berkata...

dalam 2011 ni ko la antara blogger yang selalu dtang n jadi jaga kat blog aku...thanks bebanyak... :)

Cik tikah berkata...

selamat tahun baru bro :)

Azlan Hasan berkata...

hehehe..sama laa..KPI aku tahun nie pun asyik menghambat aku gak tp nasib baik end of the day aku dapat gak kejar target..hehehe..

Regards,
-Strider-

zati embong berkata...

azat!happy new year!hihi

W. Hidney berkata...

2012... mulakan dengan azam dan semangat baru. good luck!

wan nurul hezrina berkata...

mummy pun sedih nak tinggalkan 2011.sangat bermakna hidup mummy n family terutama anak2.kenal ngan blogger2 sporting cam azad..heheh...tak mo sedih2 kay=)