SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

21 Januari 2012

BERIBU SESALAN...







Maaf sekiranya penulisan aku untuk kali ini sedikit melankolik... Tidak ditujukan kepada pada mana - mana pihak, cuma sekadar renungan andai ia mampu memberi kesedaran... 

Petangku di pejabat hari ini ditemani lagu 'BERIBU SESALAN' yang terus beralun tanpa henti, seakan menepati perasaan yang mengulit di hati tatkala memikirkan nasib diri sendiri. Keluhan demi keluhan tercetus, seakan terpengaruh dengan maksud tersirat di sebalik lagu yanag tidak putus kudengar. Namun apakan daya, semuanya sudah terlambat... 

Sedarilah olehmu, aku menanggung beribu sesalan yang tak sudah !!! 

Terlalu banyak yang telah aku lalui, semestinya ke atas perkara - perkara tertentu yang sangat aku sesali seumur hidup. Tiada gunanya aku menyalahkan orang lain lantaran itu semua atas kemahuan dan kerelaan diri sendiri lantas kehilangan begitu mudah apa sahaja kepunyaanku ke tangan orang lain. Aku terlalu lemah lantas memungkinkan diriku mudah untuk diinjak dan dipijak !!! 

Kenapa aku sering dipergunakan... 
Kenapa aku sering ditindas... 
Kenapa aku sering diperkotak - katikkan... 
Kenapa aku sering dipermainkan... 
Kenapa aku sering diperbodohkan... 
Kenapa aku sering dibohongi... 
Kenapa aku sering diambil kesempatan... 
KENAPA ??? 

Aku merayu, janganlah aku diperlakukan sebegini setelah sehabis baik aku lakukan untukmu, kasihanilah aku... 

Andai engkau pula yang mengalaminya, apakah perasaanmu ???







5 ulasan:

Joe_Hans berkata...

apesal sedih2 nie...

keeya mustafa berkata...

bersabarlah,,setiap orang ada masalah dan ada cerita disebaliknya,,jgn tension,,kalau silap dengan orang=minta maaf,,kalau di tindas=kena belajar untuk tegas..just my opinion..

peace yoo~

Cik tikah berkata...

erk? kenapa ni? putus cinta ke? =.='

Azlan Hasan berkata...

betul tu azat..tak guna kalau kita nak salahkan orang lain walaupun dalam hati rasa kesal..yang penting skunk macam mana kita nak bounce back dari sesalan itu..hehehe

p/s: lepas lagu beribu sesalan dengar lagu "kenapa" plak..hahaha

Regards,
-Strider-

SURIA AMANDA berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.