SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

12 Januari 2012

DAH LAMA TAK UPDATE BLOG EH !!



Aku fikirkan balik kampong nih boleh membuatkan aku tidur dengan aman... HARAM !!! 

Sekarang dah jam 0326 pagi, tatkala semua orang pastinya dah berdengkur dan bermimpi, aku masih segar tanpa ada rasa mengantuk walau sedikitpun. Terus saja online dan bercadang untuk update blog, ya!! Blog yang semakin dilupakan oleh tuannya sendiri gara - gara dah jemu... ermmm 

Aku sudah berada di penghujung cuti dan aku akan kembali ke Damansara Ahad depan, selama beberapa hari ini aku hanya lepak di rumah, YM, FB, TWITTER, SKYPE, makan, tidur dan rasanya hanya 1 perkara yang sedikit berfaedah ialah aku membaca buku dan buku tersebut adalah...


Ia buku yang bagus, tak sia-sia aku memilikinya pada harga RM80. Sebenarnya dah lama beli atas permintaan mak, dan aku bagi mak baca dulu, lalu aku mengambil giliran kemudiannya. Usai membacanya aku semakin mengenali siapa MAHATHIR MOHAMAD, negarawan ulung Malaysia. 

Aku telah mungkir janji, azam aku pada 2012 terhadap blog ini adalah untuk update setiap hari hatta 1 perkataan sekalipun, tetapi NAZRUL AZAT telah mengidap sindrom MALAS !!! 1 jenis penyakit yang berbahaya dan khuatir ia menjadi epidemik kepada blogger lain, rasanya tidak, sebabnya aku tengok engkau orang semua tak putus - putus berblog, bagus... teruskan usaha anda tapi aku?? Setakat vlog episod 1 yang biol itu sebagai pembuka tirai AND THE STORY GOES LIKE THIS di 2012, dan kemudian mendiam sejuta bahasa, jelas aku bukan blogger sejati dan bukan berblog untuk publisiti !!! 

Apapun aku mahu berterima kasih dengan pendapat yang diberi terhadap vlog episod 1, percubaan pertama aku menempatkan diri di arena video blogging, ternyata aku perlu penambahbaikkan, vlog episod 2 akan datang tapi entah bila, huhuuu... 

Esok rencana yang sudah dalam perancangan adalah mahu shooting si sekitar pekan Gurun, pekan koboi tempat aku membesar bagai juara Dumex. Moga menjadi supaya dapat aku pamerkan hasilnya di dalam blog ini nanti. Lusa aku sekeluarga akan ke Jeli, Kelantan, menziarahi keluarga adik ipar aku, tulat merehatkan diri, cadangnya mahu open table untuk family aku yang cume ada 4 orang saja di rumah, Ahad aku akan pulang ke Damansara dan Isnin aku masih bercuti, maka Selasa depan bermula kembali kerjaya aku sebagai kuli terhormat !! 

Sekian terima kasih...





24 ulasan:

SeseDaP RaSa berkata...

pinjam..haha

محمد أمين بن أريس berkata...

bes tak buku tu azat....aku cam nak bli...baucer aku da dapat...rm 200 tuuu..jagan jelez azat.. :P

Cik tikah berkata...

bagus2. membaca kan jambatan ilmu :)

wan nurul hezrina berkata...

wah mummy pun sukalah ngan tun dr mahathir..mmg kagum ngan otak n semangat dia..bukan mudah nak jadi diekan kan??

zatttt lamanya mummy tak nampak..huhu..ko putus cinta ker zat pastuh frust..hoho..sib tetibajer ko ada balik..hehe

Ayen... berkata...

Semoga pasni bertambah rajin utk update blog bro...

Ym.Bundle [Blog.Sampah] berkata...

lama cuti bro..untung la..cuti blogging pon lama gak..baru nak merajuk lu lama tak singgah blog gua..ekeke..

isz berkata...

azad...follow blog ko eh~ btw, nnt ko balik kl jgnlupa pi amik book voucher tu...

khaifaiz berkata...

malas tu suatu yang bahaya bro

SURIA AMANDA berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
misz_eyza berkata...

whoa best ekk buku tue...nt azat buat lah entri sal buku tue...(^_^)

CintaZulaikha berkata...

malas mmg mengatasi segalanya, nasib baik tak malas utk mebaca buku tuh hga habis..hikss~

LiLy @ MumMyQiStInA berkata...

Lama menyepi..
moga lepas ni lebih bersemangat.. :)

Kamsiah berkata...

ya...sebuah buku yg amat bagus...tak rugi mengeluarkan rm80 dari poket...

Ct Mawa berkata...

best ke buku 2??huhu

HeNRieTTa JoSe berkata...

Wah....cam best jerks Buku tu.....nak cari la nanti....thn nie blom beli bahan bacaan tambahan lagi nie....tapi, ada satu lagi buku last year belum start baca....huhuhu....

c'axoera berkata...

ko jangan angan2 tayikkk hayam ajer weyh hehe

Wilayah Sepet Kuku berkata...

as salam,

my idol...

Azlan Hasan berkata...

cuti sudah abis bro..jangan malas2...haha..malas buat update blog tu xpe lagi..jangn malas buat keje dah laa..hehehe

Regards,
-Strider-

delarocha berkata...

tgh tunggu yg versi bahasa melayu punye, baru beli..hehe

W. Hidney berkata...

tak berpeluang lagi nak baca.

insyallah...

azam tahun baru ni...

Laylihamid.blogspot.com berkata...

KIta x sempat pegi beli lagila...

suzie rahman berkata...

best x?haha bg sinopsis skit.

..cik hana.. berkata...

belum baca lagi buku ini...dr M memang patut di jadikan idola masyarakat :)

c'axoera berkata...

semalam dkat DOME KLCC terjumpa cekdet tapi aku segan nak amik gambo ngan dia sebab dah ramai sgt kerumun dier :D


http://ch000tz.blogspot.com/2012/01/sampai-nanti-tika-waktu.html