SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

16 Januari 2012

RASE DAH GATAL NAK KAWEN, heheee




Yeeayy marilah aku update ini blog !!

Esok aku akan bekerja semula selepas 10 hari bercuti, bila nak keje balik lepas lama cuti memang akan wujudlah perasaan MALAS, dan sekembalinya aku ke Kota Damansara, aku mengalami sindrom kemurungan macam orang mati bini tapi aku belum kawen u ols, memang sunyi sepi tak tau la nak habaq lagu mana, nak - nak aku menyewa sorang plak, rasa syahdu syahdan kot. Kesian kat aku kan... solusinye, aku download MTV karaoke dekat Youtube dan melalak sorang - sorang, asikkk!!! 

 Aha, mari kita bercerita apa aku buat sepanjang 10 hari bercuti...

 MAKAN 

 TIDUR

 BERAK 
 *sila ulang 18 kali lagi ye 


Mihmihmih... saje nak propa, itu perkara bukan luar tabii yang dilakukan semua orang ok !

Plan aku nak photo shooting di sekitar Gurun tak menjadi, puncanya hujan. Macam yang aku cakap dalam entri lepas aku menghabiskan masa dengan membaca buku bertajuk 'Peristiwa 13 Mei : Sejarah Perhubungan Melayu Cina selain sebuah buku penulisan Tun Dr. Mahathir Mohamad 'A Doctor In The House'.


Tapi ketekunan aku membaca seringkali diganggu dek kebingitan abang aku bermain gitar, saje jer nak panaskan aku yang masih stress tak reti main gitar huhuu... 

Aku jugak berkesempatan berjumpa dengan seorang blogger iaitu CAER SASUKE di IPG Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, yang hampehnye aku boleh pulak tumpang tido bilik dia untuk semalam, kalau tau dek pak guard mesti aku kene hambat kot. Apapun thanks dekat si cikgu Caer for his time, banyak benda la kami borak, nak - nak pasal bidang perguruan. Semoga kamu menjadi cikgu yang berkaliber.


Sepatutnya hari Jumaat aku dan family pegi ke Jeli Kelantan tapi dibatalkan saat - saat akhir, tapi kami pegi jugak keesokan harinya sesudah subuh dalam keadaan kaki aku terhencut - hencut seperti terseliuh tapi tak ade pulak aku terkehel ke apa, agaknye aku tersepak anak jin kot huhuuu... dalam aku dok merungut sakit kaki tu boleh pulak kami 4 beranak sampai ke Kota Bharu, haishhh...


Masalah yang selalu menghantui aku tatkala berada di rumah mak aku adalah... aku akan semput!! Ya aku sangat alah dengan bulu kucing, nak - nak kat rumah mak ada kurang lebih 8 ekor kucing, aku nak bising takut adik aku merajuk pulak, terpaksa la tahan kejap azab dan sengsaranya...

Sepatutnya dalam masa bercuti tu aku bercadang nak kumpulkan semua family untuk aku bincangkan tentang perancangan untuk aku... hehehe, malu pulak nak cakap. Aku nak mintak mak merisik seseorang untuk aku, tapi semua orang sebok termasuk mak aku yang buat - buat sebok ape entah, haish... cemana nak cakap eh? Malu, mihmihmih... Tapi takpe, si dia cadangkan aku hantar rombongan bulan 5 depan, kot - kot aku busy dengan study ke atau orang lain tak free... Heheee rase excited plak nak kawen tahun depan, u ols percaya ke tidak percaya apa yang aku khabarkan nih?? 

Dah dekat 10pm, aku rase nak tido... rindu nak berkubang dengan bantal - bantal busukku yeeayyy !!!!








17 ulasan:

Anisa Hang Tuah berkata...

abang.manfaatkan waktu cuti anda..habiskan seeloknya bersama family tercinta

:)

keeya mustafa berkata...

makan,,
tidur,,
berak,,

18kali,,okay,,nohal,,
tanpa kesilapan,,

comfirm tougue twiss..soft spoken habis,,

THE LEKAT LEKIT STORY berkata...

Amin.. moga jodoh dah sampai. aduhai.. memalu pulak anak teruna nk bgtau mak nk kawen

aReLaN berkata...

hohohoho...bagus2.bosan dow dok menyewa sorang diri cam kita ni.ada bini,at least ada la penyeri hidup.balik rumah pon takdelah ngadap dinding ke apa ke.ada gak orang laen kan.all the best

محمد أمين بن أريس berkata...

bukan gatal..tapi memikir masa depan.. :)

Princess Fiona Bini Shrek berkata...

hah?! uncle nak kawen??yeay2!! dapat makan nasik minyakkk~
erk...tetiba terpampang muka org tuh..ekekke

Cik tikah berkata...

update pun. kemain lagi dia cuti eh.

bukan retis berkata...

buat notis tmpal dekat mana-mana area rumah..mesti nt mak ko tau kehendak ati ko.haha

SURIA AMANDA berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Aien Not Alien berkata...

salam kenal.. :)


1o hari cuti...lama tu.. ok..saya percaya..benda baik nak mendirikan masjid.. :)

KuNanGKuNanG berkata...

wah..dah nak kawen...tahniah...:)

c'axoera berkata...

lerrrr ko memang ada penyakit sempottt ke nok :D

caer sasuke berkata...

uit ade jugak..adoi..huhu

zareliqa afiqa berkata...

wahh2..tak sabar nak kawin noh,,heee :D

khaifaiz berkata...

bila nak lepak ngan aku plak ni... hehehe

wan nurul hezrina berkata...

yeah yeah minggunie mummy alik kelate..eii busuknyer bau bantal musyuk2..ko mmg takder keja makan tido..sib baik berak kalau tak kena buasir

hoho oklah2 g merisik bulan 5..dah idu2 nasik minyaknie

Ym.Bundle [Blog.Sampah] berkata...

selamat pengantin baru azat..ucapan advanced dari aku..hehe..